Pihak polis pada Jumaat memaklumkan bahawa
ratusan telah ditahan dan tahap keselamatan ditingkatkan di daerah tersebut.
Kata jurucakap polis Delhi M.S. Randhawa,
polis masih dalam proses mengumpul maklumat serta menyemak rakaman video
rusuhan dan kini telah menahan lebih 600 orang.
“Tahanan perlu dibuat untuk memastikan
situasi terkawal,” kata Randhawa kepada media tempatan.
Keganasan tercetus akibat undang-undang
kewarganegaraan yang dilaksanakan oleh kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi.
Menurut pengkritik, undang-undang tersebut
memihak kepada masyarakat minoriti di negara jiran, kecuali umat Islam.
Selain itu, India turut menyaksikan
ketegangan meningkat susulan kuasa autonomi kepada masyarakat majoriti Islam
seramai 200 juta orang di Jammu dan Kashmir ditarik.
Namun, keganasan memuncak pada Ahad apabila
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membuat lawatan rasmi ke India.
Masyarakat sedunia mengkritik pihak polis
di New Delhi kerana gagal mengawal rusuhan itu sehingga ratusan penduduk
mengalami kecederaan.
Sumber: Astro Awani – 29 February 2020
Oleh: Nailah Huda
FOLLOW US 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
"UNITED AGAINST EXTREMISM!
Comments
Post a Comment