BILA sebut kumpulan
militan Daesh, jangan main-main kerana kelompok ini kejam dan ia mempunyai
pengaruh yang besar kepada umat Islam.
Malahan aliran ini
tersebar di seluruh pelosok dunia.
Malaysia tidak
terkecuali apabila empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat kumpulan
pengganas antara 5 hingga 7 Mei lalu menjadikan ia kes Daesh pertama dilaporkan
berlaku tahun ini.
Mereka merancang
melakukan pembunuhan terhadap individu-individu berprofil tinggi, serangan ke
rumah ibadat bukan Islam dan pusat hiburan di sekitar Lembah Klang pada minggu
pertama Ramadan.
Ketua Polis Negara,
Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kesemua suspek terbabit merancang
melancarkan operasi pembunuhan bagi menuntut keadilan kematian anggota bomba
Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha
Mariamman di USJ 25, Subang Jaya tahun lepas.
Selain faktor Muhammad
Adib, adakah faktor lain yang menyebabkan penyokong Daesh melakukan tindakan
seumpama ini?
Ini adalah cabaran
baharu untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas beberapa insiden yang
didakwa mengancam kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang berlaku di negara
ini.
Contoh terdekat,
penahanan Muhammad Zamri Vinoth yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal,
Dr. Zakir Naik baru-baru ini atas dakwaan menghina agama lain.
Ekoran tangkapan itu,
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada
masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli menyebabkan rakyat akur bahawa agama
Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan
hari ini.
Luahan kekecewaan Mohd
Asri itu susulan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam
kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum namun mereka
hanya dipanggil untuk memberi keterangan.
Pendedahan Penyelidik
Keganasan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Kamarulnizam Abdullah
pada Februari lalu yang meramalkan Asia Tenggara mungkin menjadi hab seterusnya
kumpulan Daesh yang tidak boleh dipandang enteng.
Bagaimanapun,
kecekapan polis menggagalkan beberapa cubaan keganasan perlu dipuji namun usaha
mencari formula dan pelan tindakan bagi membasmi ancaman Daesh janganlah
terlalu lama.
Source: Sinar Harian –
15 Mei 2019
https://bit.ly/33FERBJ
https://bit.ly/33FERBJ
FOLLOW US 👇🏼
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
https://twitter.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment