NEW DELHI - Pihak berkuasa di India
mengumumkan penahanan lebih 600 suspek susulan insiden keganasan anti-Islam
yang dilancarkan kumpulan nasionalis Hindu pada minggu lalu.
Jurucakap polis bagaimanapun tidak
memberikan butiran jelas tentang identiti mereka yang ditahan. “Pihak berkuasa
masih mengumpulkan bukti dan mengkaji rakaman video berhubung insiden
tersebut,” ujarnya.
Ketika kejadian itu, lebih 40 orang Islam
terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam keganasan pada 23 Februari lalu
yang berpunca daripada protes membantah Undang-Undang Kerakyatan kontroversi
diperkenalkan pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi pada Disember lalu.
Menurut laporan akhbar Independent berpusat
di United Kingdom (UK), kumpulan perusuh nasionalis Hindu menyerbu sekitar
jalan utama di New Delhi dan menyasarkan masjid, kediaman, kedai milik penduduk
minoriti Muslim.
“Mereka membunuh dan membakar orang Islam
hidup-hidup yang tidak berjaya melarikan diri. Kumpulan perusuh tersebut
melakukan tindakan keganasan tanpa perikemanusiaan termasuk ke atas
kanak-kanak.
"Segelintir wanita terpaksa menyamar
sebagai orang Hindu demi untuk menyelamatkan diri mereka,” menurut laporan
artikel itu lagi. Insiden keganasan itu berlaku ketika lawatan rasmi selama dua
hari Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke India.
Calon Parti Demokrat untuk Pilihan Raya
Presiden AS 2020, Bernie Sanders bagaimanapun menyelar bilionair hartanah
terbabit kerana gagal mengkritik New Delhi atas kegagalan mereka menangani
krisis sektarian tersebut.
Difahamkan, hanya Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) mengutuk keganasan terhadap Muslim dan perbuatan vandalisme ke atas
masjid dan harta benda milik mereka. – Agensi
SUMBER: Sinar Harian- 02 MAC 2020
IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN”!
Comments
Post a Comment