[SIRI 3]: IDEOLOGI DAESH VS AJARAN ISLAM


[ARTIKEL] DAESH ISYTIHAR PERANG TERHADAP MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

[SIRI 3]: IDEOLOGI DAESH VS AJARAN ISLAM

Penulis: Ahmad Sauffiyan



Peperangan dengan kumpulan Daesh adalah peperangan ideologi dan tugas berat yang perlu dipikul oleh kita semua adalah untuk mengislamkan kumpulan Daesh dan menerangkan kepada mereka bahawa tindakan mereka tidak sesuai dengan ajaran Islam sebenar. Di dalam pengikut Daesh pula, saya yakin bahawa ramai di antara mereka tidak mengerti apa itu ideologi dan apa itu ajaran. Hakikatnya Daesh adalah sebuah ideologi keganasan yang menggunakan teks-teks AlQuran untuk mengelirukan pengikutnya sedangkan Islam adalah satu bentuk ajaran yang mengajak kepada kebaikan dan menyeru kepada pembentukan simpati, kasih sayang dan keamanan. Militan Daesh bukanlah sebuah manifestasi agama Islam sebenar sebaliknya ia adalah gerakan pengganas yang disokong oleh tangan-tangan ghaib untuk memburukan nama Islam dan reputasi penganutnya. 

Selain itu, walaupun kumpulan Daesh mampu mengancam serangan fizikal namun kekuatan senjata pasukan keselamatan kita yang jauh lebih lengkap telah memadamkan cita-cita kumpulan Daesh ini. Oleh itu, serpihan kumpulan Daesh di asia tenggara seperti Katibah Nusantara contohnya telah menggunakan peluang alternatif lain contohnya menggunakan media sosial sebagai platform untuk mereka menyampaikan mesej-mesej ideologi mereka dan ini adalah sesuatu yang senjata api sedia ada tidak boleh digunakan untuk melawan sebaliknya memerlukan sebuah naratif baru dalam membasmi penyebaran ideologi militan dan pengganas.

Ideologi Daesh yang di pamerkan dalam video-video propaganda mereka dengan menembak, mengebom dan melemaskan tawanan perang adalah tidak selari dengan ajaran Islam sebenar. Mangsa-mangsa Daesh terdiri dari tawanan perang dan orang awam yang dibunuh hanya kerana mereka beragama lain juga tidak selari dengan tuntutan Islam. Ideologi Daesh yang hendak berperang setiap hari dengan senjata ringan dan bom tangan tidak realistik untuk melawan empayar barat seperti Amerika Syarikat yang lokasinya lebih kurang 6600 kilometer jauh dari Syria contohnya, adalah sesuatu yang tidak masuk akal, persoalanya mengapa Daesh tidak terus pergi ke negara yang mereka benci dan melakukan kegiatan mereka di sana? Sebaliknya militan Daesh begitu aktif di negara-negara majoriti Islam di asia, timur tengah dan hari ini mereka mengistiharkan perang terhadap Malaysia? Tidakkah kumpulan ini tahu bahawa Islam adalah agama persekutuan negara kita?


"UNITED AGAINST TERRORISME"

Comments