[SIRI 5]: TERORISME DAN ISLAMOPHOBIA

[ARTIKEL] MENGATASI TERORISME DAN ISLAMOPHOBIA: SATU KAJIAN TERHADAP NOVEL DEMI ALLAH, AKU JADI TERORIS

[SIRI 5]: TERORISME DAN ISLAMOPHOBIA

SOHAIMI ABDUL AZIZ
SCHOOL OF HUMANITIES, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 USM PULAU PINANG, MALAYSIA.

Peristiwa serangan terhadap bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 9 September 2001 telah menyebabkan AS dan sekutu-sekutunya di Eropah mengisytiharkan perang terhadap terorisme. Pengisytiharan ini juga telah menyebabkan muncul satu fenomena yang dikenali sebagai Islamophobia.

Islam dan penganutnya atau umat Islam telah dikaitkan dengan terorisme. Islamophobia merupakan suatu ketakutan yang melampau, prejudis dan kebencian AS dan Eropah terhadap agama Islam dan umatnya dan mereka yang seperti golongan Islam ini (Amnesty International 2012; Rana 2007).

Islamophobia merupakan satu isu yang serius di negara-negara tersebut. Hal demikian terjadi kerana peranan media dan pelbagai laporan negatif tentang Islam dan orang Islam secara agresif telah membuat satu generalisasi yang salah dan mempengaruhi pandangan buruk masyarakat Barat terhadap Islam dan umat Islam.

Tegasnya, masyarakat Barat tidak mendapat maklumat yang sebenar tentang Islam dan penganutnya. Islam, satu agama yang membenci keganasan telah digambarkan sebagai agama yang menggalakkan keganasan.

Sentimen anti-Islam dan penganutnya telah meningkat secara drastik di Eropah, seperti Jerman, Perancis dan United Kingdom sehingga menyebabkan berlaku ketegangan dalam masyarakat di kawasan tersebut. Tambahan pula, berlaku peningkatan golongan pendatang Islam di Eropah yang dilihat sebagai satu ancaman kepada penduduk tempatan (Appadurai 2006). Dengan kata lain, Islamophobia telah mengaitkan Islam dan umat Islam dengan terorisme dan keganasan..

IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://instagram.com/alhaqcentre

“ BERSATU MENENTANG KEGANASAN! “

Comments