[SIRI 6]: NOVEL DEMI ALLAH, AKU JADI TERORIS


[ARTIKEL] MENGATASI TERORISME DAN ISLAMOPHOBIA: SATU KAJIAN TERHADAP NOVEL DEMI ALLAH, AKU JADI TERORIS

[SIRI 6]: NOVEL DEMI ALLAH, AKU JADI TERORIS

SOHAIMI ABDUL AZIZ
SCHOOL OF HUMANITIES, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 USM PULAU PINANG, MALAYSIA.

Indonesia mempunyai pengalaman berkenaan terorisme berbanding dengan Malaysia. Pengalaman langsung tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Umumnya, peristiwa-peristiwa ganas ini telah menyebabkan masyarakat tempatan dan antarabangsa takut akan Islam dan penganutnya. Peristiwa tersebut juga menimbulkan inspirasi penulis untuk dijadikan sebagai bahan menghasilkan novel seperti yang dilakukan oleh Damien Dematra. Beliau telah menghasilkan sebuah novel yang bertajuk Demi Allah, Aku Jadi Teroris (2009). Novel ini dihasilkannya selepas peristiwa keganasan oleh para pengganas di Indonesia pada tahun 2002 dan 2003.

Tegasnya, novel Demi Allah, Aku Jadi Teroris terlalu dekat dengan terorisme dan sesuai untuk dikaji bagi memahami terorisme, khususnya di Indonesia. Demi Allah, Aku Jadi Teroris mengisahkan seorang gadis yang sedang mengikuti pengajian kedoktoran di sebuah universiti yang terlibat dengan kegiatan terorisme. Kemala Kurnia merupakan gadis malang semenjak dilahirkan. Beliau dilahirkan sebagai anak luar nikah. Setelah kematian ibunya, Kemala telah dipelihara oleh seorang wanita yang penyayang namun Kemala membesar tanpa kasih sayang seorang lelaki, iaitu bapanya. Kekosongan itu telah cuba diisi dengan mengikuti kelas agama bersama-sama beberapa orang rakannya.

Namun begitu, pelajar perubatan seperti Kemala telah diindoktrinasi dengan ideologi al-Qaeda oleh kumpulan Jemaah yang memperjuangkan negara Islam dan membenci mereka yang melakukan kemungkaran dan maksiat. Kemala semakin terpesong setelah beliau dirogol dan beliau melihat kehidupan dunianya tidak lagi bermakna. Golongan Jemaah Kiai Gadil telah meyakinkannya bahawa kehidupan di syurga pasti lebih baik bagi mereka yang sanggup berkorban dan berjihad. Kemala ingin mengorbankan dirinya dan mati syahid, iaitu mati mengikut pengertian Jemaah tersebut dengan syurga sebagai janjinya. Kemala telah dipersiapkan untuk melakukan pengorbanan dengan meletupkan dirinya di sebuah pusat hiburan. Kemala dibantu membina keyakinan terhadap tindakan yang bakal beliau lakukan tersebut. Akhirnya, Kemala bertekad untuk meletupkan dirinya di Bistro Americana dan hampir-hampir berjaya meletupkan dirinya.

Walaupun demikian, Prakasa seorang petugas skuad anti-pengganas telah jatuh cinta kepada Kemala dan menyelamatkannya. Novel satu kesudahan yang menggembirakan. Namun begitu, penulis novel ini ada meninggalkan mesej yang berbentuk pesanan untuk mencegah keganasan.

IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://instagram.com/alhaqcentre

“ BERSATU MENENTANG KEGANASAN! “

Comments