1. ISIS MENDAKWA BERDOSA DAN MURTAD BAGI UMAT ISLAM JIKA TIDAK BERBAI’AH KEPADA KHALIFAH

KONSEP  KHALIFAH ISLAMIYAH ISIS SATU KEKELIRUAN

1. ISIS MENDAKWA BERDOSA DAN MURTAD BAGI UMAT ISLAM JIKA TIDAK BERBAI’AH KEPADA KHALIFAH

Sebenarnya, gerakan kebangkitan umat Islam dalam rangka menegakkan kembali Khilafah Islamiyah telah muncul dimerata pelosok dunia dengan uslub perjuangan yang berbeza-beza. Khilafah Islamiyah atau disebut juga Jama’atul Muslimin adalah merujuk kepada pemerintahan yang meliputi seluruh dunia Islam. Pada saat Khilafah sudah tiada maka PARA jama’ah yang ada di merata pelosok dunia sekarang seperti ISIS, Ikhwanul Muslimin, Jama’at al Islami, Front Islamic Socialis, Hizbut Tahrir, Darul Islam dan Al Jama’ah Al Islamiyah hanyalah merupakan Jama’atul Minal Muslimin atau jama’ah-jama’ah kecil dari sebahagian umat Islam yang berusaha untuk mendirikan Khilafah Islamiyah atau Jama’atul Muslimin.

 Justeru, kemunculan sejumlah jama’ah minal muslimin (jama’ah-jama’ah kecil) dimerata pelosok dunia ini adalah merupakan tindakan kolektif dari usaha mereka untuk mendirikan Khilafah Islamiyah tersebut.

Polemik tentang Daulah Islamiyah atau Khilafah Islamiyah sebenarnya berpunca dari penafsiran tentang doktrin dan usaha untuk mengaitkannya dengan realiti umat Islam kontemporari. Kedua-dua perkara ini yang mencetuskan pelbagai konsep, pandangan, kaedah, matlamat serta gagasan yang hendak dibawa oleh pelbagai golongan yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka. 

Bagi sesetengah masyarakat Islam adalah merupakan agama yang mengintergrasikan keseluruhan aspek kehidupan termasuklah kaedah berpolitik. Konsep Negara Islam atau bentuk negara itu sendiri sebenarnya tidak diterangkan dengan jelas dalam Islam (melalui Al Quran dan Sunnah) malah dalam Islam sendiri tidak ada perintah untuk menegakkan Khilafah Islamiyah. 

Justeru, ia bukan satu hukum yang wajib kerana jika ia merupakan satu perintah Allah S.W.T dalam Al Quran maka semua umat Islam yang tidak berjuang menegakkan Khilafah Islamiyah akan dikira berdosa.

Perkara pertama yang harus diakui bahawa tidak ada konsep Khilafah Islamiyah yang dinyatakan dalam Al Quran mahu pun hadis.  Di dalam Al Quran cuma ada dinyatakan konsep ummah (masyarakat) yang berasaskan dua teras iaitu adil dan ihsan. Ummah perlu dibangunkan berasaskan kedua-dua teras ini dan bukannya konsep negara. 

Menurut Munawir Syadzali, bekas Menteri Agama Indonesia (1983-1993), Islam tidak mempunyai pilihan konsep atau teori tertentu tentang pembentukan sesebuah negara dan sistem pemerintahannya. Justeru, Islam tidak secara spesifik mewajibkan penganutnya untuk mendirikan negara apatah lagi sebuah negara yang bersifat teokratik. 

Namun begitu, walaupun Islam tidak menentukan satu kosep yang rigid tentang bentuk sesebuah negara tetapi Islam memberikan nilai-nilai atau prinsip-prinsip seperti keadilan, mesyuarah dan persamaan dalam sesebuah negara.

Sumber: Dr. Zulkarnain Haron, Berita Tentera Darat Malaysia

IKUTI KAMI👇🏼
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
https://twitter.com/alhaqcentre

Comments