PARIS: Dua mangsa terbunuh dan empat yang lain cedera dalam
serangan pisau di sebuah bandar di tenggara Perancis.
Kejadian berlaku luar kedai roti di Romans-sur-Isère, dekat
Lyon pada pagi Sabtu (waktu tempatan) ketika pelanggan sedang beratur menunggu
giliran.
Seorang mangsa berusia 40 tahun dilapor dikelar di hadapan
rakannya.
Suspek kemudian menyerang dua pekerja kedai tembakau dan
seorang pelanggan sebelum menuju ke kedai sembelihan.
Datuk Bandar Marie-Hélène Thoraval berkata penyerang yang
dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditangkap.
Pejabat pendakwaraya bahagian antiterorisme dalam satu
kenyataan berkata sedang menilai sama ada insiden itu serangan pengganas.
Saksi memberitahu media bahawa suspek menyerang secara
rambang di beberapa tempat di sekitar bandar itu.
Beberapa mangsa yang cedera dilapor berada dalam keadaan
kritikal, lapor akhbar Le Monde.
Pendakwaraya belum mengenal pasti identiti sebenar suspek
kerana tiada dokumen pengenalan diri namun dipercayai seorang warganegara
Sudan.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam pada itu mengucapkan
takziah kepada mangsa dan berjanji siasatan akan dilakukan.
"Takziah kepada mangsa korban serangan di
Romans-sur-Isere, mangsa yang cedera serta keluarga mereka.
"Kami akan siasat serangan yang menjelikkan ini yang
menambah derita kepada negara yang sudah melalui banyak penderitaan beberapa
minggu kebelakangan," tulis Macron.
Sumber: Astro Awani – 10
April 2020
https://bit.ly/2Xoi789
.
IKUTI KAMI👇🏼
.
"BERSATU MENENTANG EKTREMIS."
Comments
Post a Comment