3 JENIS FAHAMAN ATEIS YANG SEMAKIN MENYESATKAN UMAT ISLAM – BERWASPADALAH !!!



Fahaman Ateis ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:-

1  1.  PANTEISME: yang percaya teori Darwinisme iaitu manusia berasal secara evolusi daripada beruk

2  2. DOGMATIK: atau anti-tesis yang menentang arus yang dianuti manusia iaitu agama samawi dan boleh dikenali seperti komunisme, sosialisme, liberalisme, sekularisme dan sebagainya.

     3. APOPHATIK: yang terdiri daripada golongan free thinkers dan berfahaman sains dan kuantum fizik. Golongan yang terdiri daripada ilmuwan dan golongan cerdik pandai ini selalu membandingkan nilai-nilai amalan Barat lebih baik daripada amalan-amalan Islam di negara ini.

Ramai golongan Ateis di Malaysia terdiri daripada golongan dogmatik dan apophatik. Kewujudan fahaman Ateisme juga diterima oleh segolongan Islam di negara ini dan menunjukkan bahayanya jika ia semakin merebak. Amalan-amalan Barat yang sering diikuti golongan Ateis seperti hubungan sejenis dan minum arak banyak diikuti oleh anak Melayu di negara ini.

Komuniti dalam talian seperti laman Facebook Atheist Republic, Warung Atheis dan Malaysian Atheist Confessions juga bergerak aktif dan ia menjadi lubuk kepada mereka meraih perlindungan serta meluahkan cabaran hidup sebagai Ateis.

Selain itu, tindakan sekumpulan anak Melayu beragama Islam yang menyertai “Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur” dan menggelar diri mereka ‘bekas muslim’ telah mengejutkan ramai pihak. Ia secara terang-terangan menunjukkan ramai Melayu Islam mula menyertai golongan Ateis. Keanggotaanya tidak terbatas kepada mana-mana bangsa cuma syarat utamanya adalah tidak percaya kepada Tuhan.

Cara untuk mana-mana individu yang mahu menyertai kelab Ateis ini juga mudah dengan mereka perlu mengisi borang dalam laman sesawang kelab Ateis dan wakil daripada kelab akan berjumpa dengan individu tersebut. Wakil kelab akan memberi penerangan mengenai agenda mereka dan mendaftar individu itu secara senyap dalam akaun Facebook kelab Ateis. Setelah menjadi ahli kelab Ateis mereka perlu promosikan akaun itu dan mengajak ahli-ahli lain untuk mengadakan majllis mereka sendiri.

Justeru, siasatan dan tindakan perlu diambil dengan segera kerana golongan ini mula tersebar di kalangan generasi muda dan pelajar universiti. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana masyarakat Malaysia berpaksikan kepada agama dan ia merupakan asas penting dalam keharmonian negara dan bangsa untuk generasi akan datang.

Sumber: Seribuombak.wordpress.com

FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"



Comments