[ARTIKEL] ISLAM AGAMA KEDAMAIAN


Islam bererti damai, selamat, sejahtera, penyerahan diri, taat dan patuh. Islam agama yang membawa perdamaian, keselamatan dan kesejahteraan kepada kehidupan manusia khususnya dan semua makhluk umumnya. Allah berfirman maksudnya:

“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
.
Islam agama yang Allah SWT turunkan kepada manusia pertama iaitu Nabi Adam AS, kemudian diturunkan secara berkesinambungan kepada nabi dan rasul berikutnya. Allah SWT berfirman maksudnya:

"Dan Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam."
.
Allah SWT memilih Islam sebagai agama yang diredhai di sisi-Nya, menamakan agama ini sebagai Islam yang diwahyukan kepada Baginda SAW melalui perantaraan Jibril As. Dialah juga yang menamakan penganut Islam sebagai Muslim seperti firman-Nya bermaksud:

"Dia telah memilih kamu dan tidak menjadikan kamu menanggung susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu orang Islam sejak dahulu, dan di dalam al-Quran ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang benar dan salah)." (Surah al-Hajj: 78).
.
IKUTI KAMI 👇🏼
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
https://twitter.com/alhaqcentre
.
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN."

Comments