Hizbut
Tahrir mendakwa mereka berjuang untuk menegakkan Khalifah Islam dan
mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan untuk
mendapatkan keredaan Allah SWT. Selagi tidak tertegaknya Khilafah, maka selagi
itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa. Malah menurut fahaman Hizbut
Tahrir, proses terakhir untuk menegakkan Khalifah dalam sebuah negara ialah
dengan mensyaratkan wajib bagi umat Islam untuk meminta pertolongan dengan
mana-mana kuasa yang kuat sama ada Islam atau bukan Islam. Bagi mereka, jika
Amerika sekalipun sudi untuk membantu umat Islam untuk membina Khalifah, maka
mereka boleh meminta pertolongan daripada kuasa tersebut. Bagaimana untuk
membangunkan Khalifah Islam jika boleh meminta pertolongan daripada musuh-musuh
Islam. Ini merupakan satu bentuk kekeliruan Islam yang amat jelas dan
bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurut penyataan Hizbut
Tahrir, setiap orang yang mati mulai terhentinya Khilafah Islam hingga sekarang
maka matinya adalah mati jahiliyyah. Fahaman ini sangat bahaya kerana ia
membawa maksud setiap kaum muslimin yang mati sejak waktu berakhirnya
Khalifah Islam semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah hingga sekarang maka
matinya sebagai mati jahiliyyah iaitu seperti matinya para penyembah berhala.
Hal ini jelas kedustaan yang sangat keji.
Anehnya Hizbut Tahrir yang sejak empat puluh tahun lalu selalu
menyatakan kepada khalayak akan menegakkan Khilafah ini hingga sekarang
ternyata mereka tidak mampu menegakkannya. Mereka pun tidak mampu melakukan hal
itu sebagaimana yang lain kecuali hanya bercakap dan menyeru sahaja umat Islam
ke arah Khilafah Islam sahaja. Adapun pentingnya masalah Khilafah itu adalah
hal yang diketahui oleh semua dan tulisan-tulisan para ulama dalam bidang akidah
dan fiqh penuh dengan penjelasan mengenai hal itu. Tapi yang sangat penting
untuk diketahui bahwa persoalan Khilafah bukanlah termasuk rukun Islam mahupun
rukun Iman, lalu bagaimana Hizbut Tahrir berani mengatakan:
“Tidak ada syari’at kecuali
jika ada khilafah”, atau mengatakan “Tidak ada Islam jika tidak ada
khilafah”, ini adalah hal yang tidak benar dan tidak boleh dikatakan sama
sekali .
Oleh itu, apa yang dicanangkan oleh Hizbut Tahrir
bagi membangunkan ‘khalifah islamiyah ala minhajul nubuwwah’ (khalifah
islam yang tegak mengikut jalan/kaedah nabi) hanyalah laungan semata-mata.
Bagaimana mereka menyeru supaya bersama mereka untuk membentuk negara khalifah
sedangkan kumpulan mereka sendiri pun tidak mengikut nabi dan menyeleweng
daripada ajaran ahli Sunnah wal jamaah serta tidak mengamalkan cara islam
secara ‘kaffah’ (menyeluruh).
(Sumber: Jurnal Pengajian Islam,
Akademi Islam, KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015, Mej Hj Ahmad Shukri Hj Hashim16/03/2016, Lt
Kol Dr Zulkarnain Haron, Berita Tentera Darat ,
25/03/2016)
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"
Comments
Post a Comment