AWASI ANAK-ANAK ANDA DARIPADA KESESATAN ATHEISME (FAHAMAN YANG TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN TUHAN)



Zaman teknologi kini memudahkan penyebaran ideologi yang dilihat berjaya mempengaruhi cara berfikir umat Islam masa kini. Lebih membimbangkan terdapat kalangan umat Islam yang bukan sahaja terpengaruh dengan pemikiran songsang tersebut, bahkan mereka bersungguh-sungguh mempertahankan dan menyebarkan kepada orang lain. Antara yang membimbangkan semenjak mutakhir ini ialah penglibatan anak-anak muda Islam dalam kumpulan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan atau disebut sebagai Atheis.

Atheisme bermakna fahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Dalam Bahasa Arab atheism adalah al-Ilhad yang secara istilahnya bermaksud sebuah mazhab falsafah yang menafikan kewujudan Allah sebagai Pencipta Alam semesta ini. Atheisme terbina atas asas kebencian dan kebebasan sepenuhnya daripada agama. Ini bermaksud ada yang menolak kewujudan Tuhan, ada yang menolak agama dan ada yang menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudanNya.

Ciri-ciri fahaman atheisme:
1     1. Menolak secara mutlak wujudnya Tuhan atau segala yang bersifat Ilahiah
2     2. Menetapkan hujah bahawa tiada bukti wujudnya Tuhan dan kegagalan sains mengesahkannya sebagai asa kepada penolakan tersebut.
3     3. Meyakini bahawa hidup adalah satu proses dimana tiada ruang untuk menerima kewujudan Tuhan.

Fahaman ini secara jelas bertentangan dengan dasar akidah Islam yang berpaksikan kepada tauhid. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tiada sesiapa pun yang setara dengan-Nya


Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus

FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"


Comments