BAHAYA SYIAH: MENGAMALKAN 'TAQIYYAH' (BERBOHONG)


Syiah merujuk kepada kumpulan manusia atau fahaman yang mengangkat Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anh melebihi para Sahabat yang lain, khususnya di dalam masalah khalifah, di mana mereka mengatakan bahawa Saidina Ali yang paling layak menjawat jawatan khalifah sesudah kewafatan junjungan besar kita Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Mereka menolak ketiga-tiga khalifah yang datang sebelum Sayyidina Ali, kerana Sayyidina Ali adalah khalifah keempat selepas Abu Bakar, Omar Al-Khattab, dan Othman bin Affan. Mereka menolak ketiga-tiga khalifah ini dengan menganggap mereka telah memikul jawatan khalifah itu secara tidak sah, bahkan secara zalim. Ini defenisi orang Syiah. Mereka mengangkat Ali, bahkan menganggap hanya keturunan Ali sahaja yang layak untuk memegang jawatan Khalifah.

Syiah mengamalkan Taqiyyah sebagai akidah dalam.ajaran mereka. Apa ertinya taqiyyah?

Taqiyyah maknanya berbohong. Berkata dusta dibolehkan dalam ajaran Syiah. Bahkan sehingga digalakkan. Bahkan dalam kitab Al-Kaafi, Al-Kulaini (tokoh Syiah) meriwayatkan dari Ja’far Al-Sadiq:

 “Taqiyah adalah sebahagian dari agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.”

Al-Kulaini juga meriwayatkan dari Abdullah bin Ja’far:

 “Sesungguhnya sembilan persepuluh (90%) agama adalah taqiyyah. Tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah.” (Ushul Al-Kaafi, Biharul Anwar, dan Wasail Syiah)

Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak berdusta. Dianjurkan berdusta dalam ajaran Syiah. Ini kerana muslihat mereka, ajaran-ajaran mereka memang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, apatah lagi akal yang dipimpin oleh wahyu Al-Quran dan Sunnah. Mereka perlu kepada taqiyyah (berdusta).

Maka jangan terkejut kalau kita tanya orang Syiah, “Adakah engkau Syiah?” Dia akan jawab bahawa dia Sunni (Ahli Sunnah). Jangan terkejut. Bohong orang Syiah ini macam selawat, macam zikir bagi mereka. Bahkan mereka menganggap dapat pahala dengan bertaqiyyah.

Sumber: Mengenal hakikat Syiah - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

IKUTI KAMI πŸ‘‡πŸ½
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"

Comments