CIRI-CIRI AJARAN SYIAH- AWAS!!! JIKA TERNAMPAK TANDA-TANDA SEPERTI INI, JAUHI MEREKA.


Difahamkan terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang. Pada asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala' (taat setia) melampau kepada Saidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan kemuliaan Khalifah Ar Rasyidin yang lain iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saidina Usman Ibn Affan. Turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saidatina Aisyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah SAW sendiri. Selain itu ada juga telahan bahawa penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir. Terdapat beberapa tanda yang boleh dilihat jika seseorang individu itu berfahaman syiah:

1.         Senantiasa memuja Saidina Ali dan melebihkan beliau daripada Saidina Abu Bakar
            dan Saidina Umar.
2.         Memperlekeh dan memandang rendah malah mencela sahabat-sahabat dan isteri Nabi S.A.W.
3.         Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang zuhur bersama asar dan maghrib bersama isyak tanpa sebarang sebab.
4.         Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.                                 
5.         Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
6.         Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
7.         Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
8.         Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu isyak.
9.         Memarahi orang yang puasa Asyura malah menunjukkan kesedihan pada hari Asyura tersebut.
10.       Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi yang muncul daripada Imam ke 12 mereka).
11.       Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak)
12.       Menggantung gambar-gambar seperti gambaran imam 12 dan gambaran Saidina Ali di dalam rumah/bilik tidur/tempat sembahyang.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"

Comments