DAESH MEMANIPULASI MEDIA SOSIAL UNTUK MEREKRUT GOLONGAN MUDA



Pada era selepas tahun 2011, dunia digemparkan dengan gerakan radikalisme yang dilakukan oleh Daesh. Daesh lebih menonjol daripada kumpulan teroris yang lain dalam beberapa perkara:

1.      Kemampuan memanipulasikan internet seperti youtube dan media sosial untuk mempengaruhi ahli baru.

2.      Sifat kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan Daesh itu sendiri. Ia telah dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia dan digunakan sebagai propaganda bagi menunjukkan kekuatan mereka tetapi  impaknya telah merosak imej Islam di mata dunia.
.
Ramai pakar penyelidik keganasan berpendapat bahawa pengaruh Daesh seperti api dalam sekam yang berkembang pesat tanpa disedari dan ianya mendapat sokongan golongan muda termasuk di Malaysia. Media utama penyebaran fahaman ini dibuat melalui internet yang dilakukan dengan cukup berkesan sekali. Ini kerana golongan muda ini lebih terdedah dalam penggunaan internet yang sifatnya lebih terbuka, interaktif dan global.

Kuasa dan pengaruh Internet ini diperkasakan lagi dengan kebolehan-kebolehan dan kekuatan-kekuatan alternatif media yang diadikarakan daripada peranan-peranan media tradisi iaitu percetakan (akhbar, majalah, buku) dan elektronik (radio, televisyen dan filem). Melalui jentera siberisme seperti MySpace, Friendster, Facebook, yang bersifat komuniti; Twitter, del.ici.ous, Magnolia, yang bersifat jaringan persuratkhabaran; Flickr, YouTube, WebTV, iTunes, Daily Motion, Metacafe, Vimeo, OurMedia, dan lain-lain yang bersifat penyiaran personal yang dapat menyebarkan naskhah gambar atau grafik, filem, radio dan televisyen secara berulang-ulang tanpa mempunyai halangan lagi dari aspek waktu, tempat, sasaran termasuk ideologi dan dasar yang menjadi ciri dalam dan tanggungjawab gerakan media tradisi. Pihak barat sendiri mengakui melalui media sosial ini memperlihatkan keupayaan Daesh menarik umat Islam seluruh dunia menjadi ahli dengan lebih berkesan.

Di Malaysia, dilaporkan beberapa kes aktiviti ekstremisme dilakukan oleh Daesh. Kebanyakannya membabitkan pelajar dan golongan muda. Memang diakui bahawa kebanyakan ahli Daesh adalah bekas pengikut Jemaah Islamiyyah. Antara kes keganasan dan ancaman yang dilakukan oleh anggota Daesh warga Malaysia adalah;


1.      Disember 2015: Mohd Hidayat Azman seorang pelajar IPT dari Mesir ditangkap dan dipenjarakan selama 12 tahun di atas kesalahan memiliki senjata untuk tujuan keganasan.

2.      Jun 23, 2016: suatu video yang bertajuk Thogut dimana seorang ahli Daesh berasal dari Malaysia yang dikenali sebagai Mohd Rafi memberi kenyataan yang sangat mengemparkan. Ia ditujukan khas kepada masyarakat Islam di Malaysia dengan menyeru supaya bunuh mereka di mana sahaja yang anda jumpa (ditujukan kepada pemimpin Malaysia termasuk pemimpin PDRM). Dia menggesa “Jika anda ada kereta, langgarlah mereka. Gunakan senjata dan pisau untuk tikam terus dada mereka”. Ia juga memberi amaran kepada polis Malaysia bahawa mereka juga terdedah kepada ancaman Daesh. Dalam video itu juga mereka mengancam, “Kami bersedia untuk sembelih anda. Apabila kami datang, rakan-rakan kami di negara ini juga akan memburu anda habis habisan”.


Sumber: Daesh Dan Media Sosial Di Malaysia: Analisis Kritikal, Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya.

FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre



Comments