HIZBUT-TAHRIR MALAYSIA (HTM)
TIDAK MENGIKTIRAF SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA.
SUATU ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA.
TIDAK MENGIKTIRAF SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA.
SUATU ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA.
Kumpulan Hizbut-Tahrir memang tidak pernah dikenali di MALAYSIA. Namanya tidak pernah disebut malah jauh sekali untuk mengaitkan dengan gerakan militan di MALAYSIA atau gerakan teroris antarabangsa.
Hizbut Tahrir
dikatakan sebuah gerakan Islam yang menentang sistem pilihanraya dan menganggap
sistem pilihanraya adalah sistem ’batil’ (haram). Pergerakan Hizbut Tahrir yang
semakin berkembang terutamanya di kalangan pelajar-pelajar institiut pengajian
tinggi untuk mendapatkan sokongan bagi memperjuangkan agenda mereka untuk
menegakkan sebuah negara Islam menggunakan sistem pilihanraya.
Sementara itu,
pergerakan Hizbut Tahrir telah diharamkan oleh kebanyakan negara seperti di
Eropah, di AMERIKA SYARIKAT, di RUSIA dan di beberapa negara yang lain atas
alasan pergerakan tersebut menyebarkan fahaman keganasan, anti Barat dan
menaikkan semangat orang-orang Islam untuk menyokong gerakan jihad menentang
kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, mengikut pelbagai laporan yang
dikeluarkan oleh pihak Barat, telah merumuskan bahawa pergerakan Hizbut Tahrir
semakin berkembang di Eropah, AMERIKA SYARIKAT, negara-negara Asia Pasifik
seperti AUSTRALIA, negara-negara Asia Selatan seperti di AFGHANISTAN dan
PAKISTAN, Asia Tengah seperti UZBEKISTAN dan termasuk negara-negara yang
mempunyai penduduk Islam di RUSIA. Pihak Barat memandang perkembangan gerakan
Hizbut Tahrir adalah sesuatu yang membahayakan negara mereka dan kebanyakan
negara di Barat mengharamkannya.
Di Asia Tenggara,
pergerakan Hizbut Tahrir semakin berkembang di INDONESIA terutamanya selepas
berakhirnya era pemerintahan Presiden SUHARTO tahun 1998. Beberapa tahun
kebelakangan ini, gerakan Hizbut Tahrir mula melebarkan pengaruhnya di
MALAYSIA. Sejauhmana kesan pergerakan tersebut kepada keselamatan negara masih
belum begitu jelas. Apakah gerakan tersebut mempunyai pertaliannya dengan
gerakan-gerakan militan lain terutamanya JI juga masih belum jelas.
Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia
IKUTI KAMI 👇🏽
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"
Comments
Post a Comment