IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING MENCELARUKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Samaada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itusendiri. Pemikiran asing yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah apa-apa fahaman, falsafah, prinsip, kepercayaan dan ideologi yang bersumberkan pemikiran barat juga termasuk dalam takrifini.

Agama Islam merangkumi akidah, akhlak dan syariat. Ajaran Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia melalui jalan dakwah dan penyebaran ilmu pengetahuan. Kejayaan ini telah menarik minat Barat untuk mengambil ilmu tersebut dan mereka membawa balik untuk di kembangkan di dunia Eropah. Sementara itu, ajaran Kristian pula banyak berlaku pertembungan tidak sihat sehingga melahirkan pelbagai ideologi yang mempertikaikan kesahihannya. Ideologi yang terdapat unsur ajaran sesat dan menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam samaada secara sedar atau tidak sedar.

Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan liberalisme, golongan militan, golongan athies dan sebagainya berjaya mempengaruhi pemikiran dan keyakinan segelintir umat Islam terutamanya bagi mereka yang kurang pendidikan agama sehingga berjaya memecah belah kan umat Islam di negara ini.

Mereka saling mempertahankan ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah. Ideologi ini boleh diresapi oleh dan berjaya mempengaruhi tiga kategori utama umat Islam di negara ini iaitu: Pertama, mereka yang mengkaji dan ingin mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam.

Sumber: LaporanJabatan Agama Islam Selangor

IKUTI KAMI 👇🏽
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments