Sebenarnya, ISIS terpengaruh dengan fatwa jihad
sudah menjadi fardhu Ain yang dikeluarkan oleh Syeikh Abdullah Azzam di era
perang di Afghanistan lewat tahun 1980an. Abdullah Azzam mengeluarkan fatwa ini
berdasarkan situasi dan konteks di Afghanistan pada masa itu yang mengajak umat
Islam bangkit berjihad memerangi
penjajah Rusia di bumi Afghanistan ketika itu.
Sebenarnya, fatwa ini lah yang dipakai oleh
golongan-golongan fundamentalis seperti ISIS, Al Jamaah Al Islamiyah, Darul
Islam, Kumpulan Abu Sayyaf dan Mujahidin Chenchen kerana kesemua pemimpin dan
pengasas kumpulan ini pernah dilatih dan atau bertemu dengan Sheikh Abdullah
Azzam semasa perang di Afghanistan dahulu.
Justeru, adalah tidak menghairankan jika ISIS juga
mengguna pakai fatwa ini kerana Abu Musab Al Zarqawy iaitu pengasas ISIS pernah
menyertai perang di Afghanistan ketika beliau berumur 23 tahun. Fahaman ini
dikutip dari pengalaman dan pengajian beliau semasa di Afghanistan lagi.
Kebanyakan ulama menafsirkan makna jihad bukanlah
sekadar perang yang menjadikan segala sebab tetapi jihad merangkumi makna yg
lebih luas drp hanya berperang di jalan Allah. Jika jihad hanya tujuan
semata-mata untuk berperang sahaja, maka ia sudah terkeluar dari makna jihad
itu sendiri, ia bukan lagi boleh disebut jihad, tapi perbuatan yang keji yang
ditolak oleh syariat dan aturan Islam. Jika jihad itu perang sekalipun, ia
mesti tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat dan tidak boleh membunuh
mengikut sesuka hati tanpa terikat dengan syariat. Oleh itu, kita boleh
mendefinisikan bahawa jihad perang
adalah:
“Perang di
jalan Allah sama ada mengikut secara langsung di barisan tentera, melatih,
memberi pendapat dan strategi, memberi rawatan atau pun pengorbanan apajua yang
bertujuan untuk membela keyakinan dan tanah air.”
Kesimpulannya, jihad bukan semata-mata bermaksud
qital (perang) sebagaimana yang difahami
oleh IS, JI dan kumpulan militan lain kerana ia mempunyai makna yang
lebih luas lagi.
Sumber:
Task Force Perisai Wira ATM
IKUTI KAMI 👇🏽
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU
MENENTANG KEGANASAN"
Comments
Post a Comment