IDEOLOGI SALAFIYAH JIHADIYAH SEBAGAI IDEOLOGI KUMPULAN MILITAN DAN KUMPULAN PEMISAH DI RANTAU INI



Kajian yang dijalankan sama ada dalam negeri mahu pun luar negeri menjelaskan bahawa fahaman Salafiyah Jihadiyah yang diyakini oleh sebahagian kecil umat Islam inilah yang membuatkan mereka menjadi radikal. Ideologi Salafiyah Jihadiyah menjadi pegangan dan justifikasi mereka untuk menggerakkan umat Islam serta melakukan agenda jihad militan. Kumpulan militan Islam melakukan tindakan keganasan atas alasan melaksanakan jihad dan berkeyakinan tindakan yang dilakukan adalah sebagai satu agenda suci melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W. untuk menegakkan negara Islam dan seterusnya bergerak ke arah pembentukan Khalifah Islam di muka bumi ini. 

Kumpulan Salafiyah Jihadiyah seperti kumpulan Daesh/IS, Jemaah Islamiyah (JI), al-Qaeda, kumpulan pemisah di Indonesia, Selatan Filipina dan Thailand serta lain-lain mempunyai ideologi yang sama iaitu ideologi Salafiyah Jihadiyah. Hanya yang membezakan antara mereka adalah dari segi strategi dan bentuk tindakan yang lebih menjadi keutamaan dalam pergerakan mereka sahaja. Ideologi yang dipegangi oleh kumpulan Salafiyah Jihadiyah seperti Daesh/IS dan kumpulan militan Salafiyah Jihadiyah lain diringkaskan seperti berikut:-

1      1.  Pemahaman Akidah Tauhid Tiga Serangkai (Tauhid Uluhiyah, Rububiyyah, Asma was Siffat), Tauhid Hakimiyyah (Tauhid dalam berhukum) dan Doktrin Takfiri.

         2. Meyakini bahawa Jihad (Perang) adalah satu kewajipan 

3      3. Membunuh orang kafir dan orang awam dibenarkan dan Operasi bom bunuh diri adalah operasi          jihad serta pelakunya adalah syahid

4       4. Semua sistem Barat adalah sistem kufur yang perlu ditolak/diganti

5       5.  Mengamalkan akidah al-Wala wa al-Bara’ (kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Islam dan berlepas diri daripada apa yang dianggap tidak Islam)

6       6.  Menegakkan Negara Islam dan Khalifah Islam hanyalah melalui jalan Jihad (perang)

7       7. Meyakini di akhir zaman nanti tentera Imam Mahdi akan muncul di bumi Syam (Iraq, Syria,  Lebanon dan kawasan sekitarnya)


Sumber: The Evaluation of Transnational Islamist Movement In Asia
FOLLOW US:

http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com/
http://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"



Comments