Mewujudkan
masyarakat yang adil dalam segenap aspek adalah impian setiap pihak. Ia
merupakan suatu fitrah manusia yang tidak suka dizalimi dan dianiaya. Konsep
keadilan dalam Islam mempunyai pengertian yang luas dan mendalam. Islam
mewajibkan umatnya bersikap adil dalam semua keadaan tidak mengira warna kulit,
warganegara, status atau kepercayaan. Ajaran Islam menunjukkan bahawa keadilan
dalam Islam bukanlah suatu teori tetapi ia adalah suatu perintah Allah SWT.
Demikianlah
Allah SWT telah berfirman menerusi surah al-Maidah, ayat 8:
Bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
Menerusi
ayat tersebut, dapat dilihat dengan jelas bahawa Islam sangat memberikan
penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta
perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat. Sejarah
dahulu telah mengajar masyarakat dunia untuk memperbetulkan posisi kehidupan di
tempatnya supaya hak masyarakat dapat dicapai dan tanggungjawab
terlaksana.
Sumber: Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan
IKUTI KAMI 👇🏽
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"
Comments
Post a Comment