JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR - AJARAN HIZBUT TAHRIR BERCANGGAH DAN MENYELEWENG DARIPADA AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ).




Beberapa negeri di MALAYSIA seperti Negeri PAHANG, NEGERI SEMBILAN, SELANGOR, PULAU PINANG, SABAH dan WILAYAH PERSEKUTUAN telah mewartakan atau membuat keputusan pengharaman pertubuhan ini. Sehubungan itu, mana-mana individu umat Islam yang terlibat dengan kegiatan gerakan Hizbut Tahrir boleh dikenakan tindakan undang-undang. Umpamanya dalam fatwa pengharaman Hizbut Tahrir yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri SELANGOR yang telah diwartakan di bawah seksyen 47 Jil 68 No.19 bertarikh 17 September 2015 menyebut seperti berikut:-

1.         Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemn seperti berikut:


(i)        Bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam kesemunya kafir serta harus
  diperangi kerana menerima sistem kufar
(ii)     Bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan system kufar
dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang
(iii)   Menafikan istilah “al-Qadha’ wa al-Qadar”
(iv)    Berpegang kepada fahaman Qadariyyah
(v)      Bahawa akidah Siyasiyyah lebih penting daripada akidah Ruhiyyah
(vi)    Menolak sumber akidah melalui hadith Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan
 hadith Ahad itu dalil zonni sedangkan akidah itu keyakinan
(vii) Bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul


2.         Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah”:


(i)    Menjadi ahli kumpulan dan mengamal ajaran Hizbut Tahrir
(ii)     Berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.
(iii) Mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.
(iv) Berselindung disebalik apa-apa aktiviti ekonomi, peniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.
(v) Melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Hizbut Tahrir.
(vi) Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman ajaran Hizbut Tahrir.
(vii) Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih.
(viii) Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.


“Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri SELANGOR.”
.
Sumber: Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"


Comments