‘Keganasan’ atau ‘terrorisme’ tidak boleh disamakan maksudnya sebagai ‘jihad’. ‘Jihad’ adalah perjuangan suci dari sudut matlamat dan caranya kerana ia tetap terikat dengan akhlak Islamiah, bahkan tidak semestinya bermaksud peperangan ‘mengangkat senjata’.
Seruan jihad kumpulan ISIS pada hari ini telah
mendatangkan bahaya kepada negara Malaysia kerana pembawakan ideology mereka
ini seakan mirip dengan perjuangan yang dibawa oleh Jemaah Islamiah (JI)
Indonesia, Al-Maunah, Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Darul Islam Sabah,
Tanzim al-Qaeda Malaysia. Ideology jihad ini juga disampaikan melalui usrah
yang dilaksanakan oleh ahli kumpulan JI kepada ahli kumpulan pihak berkuasa
keselamatan negara.
Oleh itu, secara tidak langsung kemunculan ideology
jihad ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat jihad dan menghidupkan
kembali aktiviti-aktiviti kumpulan mereka yang telah terkubur yang mana selama
ini aktiviti mereka dipantau dan dibendung oleh pihak berkuasa keselamatan
negara.
Sebab itulah falsafah bagi jihad atas dasar
‘keganasan’ atau ‘terorisme’ adalah falsafah Machiavellianisme manakala
falsafah bagi ‘jihad’ adalah falsafah akhlak yang nilainya adalah berpaksikan Tuhan, malah penuh adab,
hikmah, sopan santun dan kemanusiaan.
Malahan pula, seruan jihad yang dibawa oleh kumpulan
militant ISIS ini menjadi isu yang sangat membimbangkan kerajaan Malaysia
kerana mereka menggunakan asas agama tuntutan jihad di jalan Allah SWT untuk
mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia.
Oleh itu, tindakan umat Islam yang terdorong untuk
berjihad bersama dengan kumpulan ISIS adalah sia-sia kerana perjuangan mereka
bukanlah dikategorikan sebagai syahid berdasarkan hulum syarak.
Sumber: International Journal of Islamic Thought
IKUTI KAMI👇🏼
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
https://twitter.com/alhaqcentre
.
"BERSATU MENENTANG EKTREMIS."
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
https://twitter.com/alhaqcentre
.
"BERSATU MENENTANG EKTREMIS."
Comments
Post a Comment