Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah SAW. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab rujukan utama mereka, Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197
Tidak ada dalam al-Quran atau hadis sahih menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah SAW apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan keterlaluan terhadap Saidina Ali ini, adalah menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata. Nama Saidina Ali tidak ada dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau rasul, tetapi hanya sahabat dan menantu Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammad sendiri tidak disanjung dan dipuja para sahabat secara berlebihan sehingga melampaui batas.
Mereka meyakini bahawa orang terbaik selepas Rasulullah SAW adalah Ali bin Abi Talib, dan mendakwa Abu Bakar dan Umar bin Al Khatthab sebagai dua berhala Quraisy yang terlaknat.
Syiah percaya Saidina Ali merupakan orang yang paling berhak menjadi khalifah dan memposisikan Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan dari Ali.
Mereka turut menggelar Abu Bakar dan Umar dengan gelaran al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali.
Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Toghut terhadap Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan 'Doa dua berhala Quraisy'.
Doa tersebut seperti berikut;
"Ya Allah, sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraisy, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka
(ummul mukminin Aisyah dan Hafsah).
Sumber: Mengenal Hakikat Syiah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
FOLLOW US:
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"
Comments
Post a Comment