PEMAHAMAN JIHAD KUMPULAN MILITAN YANG TERPESONG


Perkara pertama yang harus diberikan perhatian dalam memastikan budaya keganasan tidak berkembang walaupun atas nama ‘jihad’ ataupun ‘mempertahankan agama Islam’, adalah dengan memperbetulkan penyimpangan makna ataupun penyelewengan tafsiran golongan pelampau (pengganas atau teroris) tersebut terhadap kandungan makna ayat-ayat al-Quran dan hadis. 

Paling utama, pengertian ‘jihad’ ditafsirkan hanya semata-mata merujuk kepada ‘peperangan mengangkat senjata’. Inilah yang menyebabkan mengapa golongan tersebut sering melakukan pembunuhan, rampasan, pengeboman dan sebagainya.

Mengikut tafsiran mereka, keganasan dan pembunuhan yang dilakukan adalah bertepatan dengan makna sebenar ‘jihad’ yang dimaksudkan oleh al-Quran dan hadis. Sedangkan mereka keliru dalam memahaminya secara sempit kerana ‘jihad tidak semestinya ditakrifkan sebagai ‘mengangkat senjata’.

Malah kesungguhan untuk mengekalkan keamanan dan mencegah daripada sebarang bencana seperti kebuluran dan peperangan, juga merupakan salah satu ‘jihad’ yang amat besar. Hakikatnya ‘jihad’ merupakan pengembaraan tenaga dengan menggunakan cara-cara aman (JAKIM).

Sumber: International Journal of Islamic Thought

IKUTI KAMI👇🏼
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
https://twitter.com/alhaqcentre
.
"BERSATU MENENTANG EKTREMIS."

Comments