Proses penerapan ideologi radikal adalah suatu proses yang panjang. Jika dahulu penerapan ideologi adalah melalui program dakwah, namun kini selari dengan kemajuan teknologi maklumat telah menjadikan medium media sosial sebagai alat utama bagi kumpulan-kumpulan pengganas untuk menyebarkan ideologi, merekrut anggota kumpulan sehinggalah kepada proses pembentukan minda untuk melakukan tingkahlaku keganasan yang diistilahkan sebagai melaksanakan jihad fisabilillah. Menurut pakar keganasan, terdapat empat proses penerapan ideologi keganasan:
Pertama, pra-radikalisasi iaitu peringkat kesediaan untuk menerima ideologi radikal. Kesediaan untuk menerima ideologi radikal bergantung kepada faktor-faktor persekitaran dan sosialisasi individu di media sosial yang boleh membawa kepada pemikiran dan tingkahlaku radikal.
Kedua, Mengidentifikasi diri. Pada peringkat ini seseorang yang mula terpengaruh dengan ideologi radikal mula menunjukkan perubahan dirinya daripada tingkah laku sebelumnya. Individu seperti ini mula menunjukkan minat kepada agama, mula membuka minda kepada persepsi baru dunia mengikut pandangan yang telah didoktrinkan.
Ketiga, peringkat rekrutmen atau indokrinasi. Pada peringkat ini, seseorang itu telah benar-benar berpegang kepada fahaman radikal dan mula menyertai kumpulan-kumpulan pengganas. Pada tahap ini mereka tidak lagi mempersoalkan samada ideologi tersebut adalah benar atau salah. Mereka melihat apa yang disampaikan adalah benar dan merupakan perintah agama yang tidak boleh dibantah.
Keempat, peringkat pelaksanaan jihad. Peringkat ini seseorang itu telah menerima tugasan yang diberikan kepadanya atas alasan melaksanakan jihad iaitu satu misi suci untuk memperjuangkan agama. Tugasan dilakukan oleh individu atau kumpulan kecil yang telah dipilih. Mereka yang telah terpilih adalah individu yang mempunyai keyakinan tinggi yang dihasilkan melalui proses yang telah dijelaskan sebelum ini.
Sumber: Buku Memahami Ideologi Jemaah Islamiyah (JI) dan Prinsip-Prinsip Pergerakannya
IKUTI KAMI 👇🏽
http://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment