Berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah SWT
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa
yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta
mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
1. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta
mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.
2. Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam
kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam
“Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu
bulan.
3. Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT
sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan
doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment