Agama
Islam adalah agama yang lengkap dan sangat menjaga kerukunan serta keharmonian
masyarakat terutamanya dalam menerima dan menyebarkan sesuatu berita. Oleh itu,
Islam menyediakan panduan yang lengkap kepada umatnya mengenai adab- adab dan
akhkak yang perlu dipatuhi dalam menulis, menerima dan menyebarkan sesuatu
berita.
Menurut
Islam, terdapat beberapa adab dalam menulis dan menyampaikan berita iaitu:
1.
Tidak
tergesa-gesa menyampaikan khabar dan berita tanpa mengetahui selok belok serta
kepastian berita tersebut.
Hal
ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta
apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar.” (HR Muslim)
2.
Tidak
menyampaikan berita dengan tujuan 'al-Namimah' (mengadu domba).
Sesungguhnya
perbuatan 'al-Namimah' itu sangat dicela di dalam Islam kerana ianya boleh
memecah belahkan masyarakat, sebagaimana larangan Nabi SAW berdasarkan hadith
yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Mahukah
aku ceritakan kepada kamu apa itu al’adhhu? Itulah namimah, perbuatan
menyebarkan berita untuk merosakkan hubungan antara sesama manusia.” (HR Muslim)
3.
Penyampaian
berita itu tidak membuka aib orang lain.
Dalam sebuah hadith daripada Ibn Umar ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mencari-cari aib
(atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya
walaupun dia berada di dalam rumahnya." (HR al-Tirmizi)
Manakala
dalam adab menerima berita pula, Islam mengajar umatnya supaya:
1.
Menyemak berita tersebut serta 'bertabayyun'
(selidik duku) mengenainya.
Konsep 'tabayyun' di dalam Islam ialah
sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu
kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau
perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan
seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan.
2.
Tidak
menerima berita daripada orang yang fasik dan juga sumber berita yang tidak
berautoriti.
Dalam
menerima maklumat, lihatlah kepada mereka yang berautoriti agar maklumat yang
diberikan benar dan tepat. Hal Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk serta
menerima berita dan juga menyemaknya kepada yang sepatutnya.
3. 3. Tidak
mudah menyebarkan berita yang diterima sewenang-wenangnya terutama jika ianya
melibatkan aib dan maruah orang lain.
Hal
ini berdasarkan hadith yang riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah
seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba
yang pertama tadi di Hari Kiamat. (HR Muslim)
Demikianlah
akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa berakhlak dan bersangka baik dan
tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran. Kegagalan
mengamalkan dalam menerima dan menyebarkan berita yang tidak berlandaskan
syariat Islam dan konsep 'tabayyun' akan menatijahkan musibah kepada diri dan
ummah sehingga membawa kepada penyesalan diri yang teramat di dunia dan
akhirat. Inilah diisyaratkan Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat keenam
sebagaimana ulasan di atas. Justeru dalam berhadapan dengan zaman fitnah ini,
dengan bantuan teknologi maklumat begitu canggih masa kini, umat Islam seharusnya
lebih berhati-hati dan mengamalkan prinsip 'tabayyun' sebelum menyebarkan,
menerima, mahupun berkongsi satu-satu berita.
Sumber:
Bayan Linnas siri 184 (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).
FOLLOW
US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre.
Comments
Post a Comment