AWAS!!! JANGAN TERPEDAYA DENGAN DAKYAH IMAM MAHDI AJARAN SYIAH


               
Pengikut Syiah menyakini Imam Mahadi dilahirkan pada tahun 869 Masihi iaitu zaman pemerintahan kerajaan Abasiyyah. Beliau ialah Muhammad bin Al-Hassan Al-Askaari yang disembunyikan daripada musuh ketika berusia empat tahun selepas bapanya meninggal dunia. Wajah Imam Mahdi pula digambarkan memiliki dahi luas dan hidung mancung manakala tugasnya pada akhir zaman adalah untuk menggantikan kezaliman serta kemusnahan kepada kebenaran dan keadilan.

Pengikut Syiah percaya selepas disembunyikan, Imam ke 12 ,yang didakwa akan muncul sebagai Imam Mahdi itu kononnya dighaibkan oleh Allah SWT dan akan kembali dijelmakan pada akhir zaman untuk menyelamatkan manusia daripada kemungkaran dan kezaliman Dajjal.

Mengikut ajaran Syiah lagi, walaupun Imam Mahdi dighaibkan, beliau dikatakan masih hidup di dunia ini tetapi tidak dapat dilihat oleh penglihatan manusia. Sepanjang tempoh dighaibkan iaitu dari zaman kerajaan Abasiyyah sehingga akhir zaman, Imam Mahdi didakwa mengkaji bagaimana kezaliman berleluasa sepanjang kehidupan manusia di dunia ini seterusnya melakukan persediaan untuk menghadapinya apabia muncul kembali pada suatu hari nanti.

Walau bagaimanapun, mengikut tokoh-tokoh agama dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang mengkaji hadis-hadis tentang kemunculan Imam Mahdi, meyakini bahawa apabila Imam Mahdi muncul pada akhir zaman, beliau tidak sibuk mendakwa dirinya Imam Mahdi yang ditunggu umat Islam dan mengajak  manusia supaya mengikutnya.

Malah, pada zaman berkenaan, golongan mukmin sendiri bertindak melantik tokoh terbabit sebagai pemimpin mereka tanpa perlu tokoh itu berkempen supaya manusia memilih dirinya sebagai pemimpin umat Islam seluruh dunia. Tokoh itu sendiri berkemungkinan tidak mengetahui bahawa beliaulah Imam Mahdi yang disebut dalam hadis.

Justeru, menerusi hujah berkenaan, jelaslah bahawa jika ada individu tertentu yang tampil ketika ini dan mengaku kononnya merekalah Imam Mahdi, maka tidak syak lagi bahawa individu itu seorang pembawa ajaran sesat. Sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati dalam menentukan identiti dan ciri-ciri peribadi Imam Mahdi kerana ada ciri-ciri tokoh itu ditakrifkan mengikut aliran Syiah yang berbeza dengan fahaman ASWJ.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre.

Comments