AWAS JERAT MURTAD!!! - BERSAMALAH MEMBANTERAS GERAKAN MURTAD DAN LIBERALISME



Tindakan murtad tidak seharusnya dipandang sebagai isu peribadi dan konflik kepercayaan, sebaliknya termasuk dalam isu keselamatan yang harus dipertanggunjawabkan oleh kerajaan. Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, apabila ia disenaraikan atas dasar hak individu dan prinsip kebebasan beragama maka secara tidak langsung akan menjejaskan usaha menanganinya.


Sedarlah wahai umat Islam bahawa kini sudah ada pemimpin Melayu Islam yang berfahaman liberal  mengeluarkan kenyataan yang memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi. Inilah lambang kejayaan fahaman liberal yang sudah lama menyusup masuk akibat kealpaan umat Islam sendiri. Kumpulan yang membawa agenda Kristianisasi ini disokong oleh kumpulan liberal Melayu yang tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana pihak berwajib. Malah sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih menjalankan dakyah Kristian dengan bantuan badan Kristian antara bangsa dan mereka begitu bangga berjaya memurtadkan orang-orang Melayu Islam.


Kumpulan LGBT yang berfahaman liberal kini juga telah lebih berani bersuara. Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis yang hina. Mereka disokong oleh kumpulan-kumpulan liberal Melayu yang bergerak di bawah NGO-NGO yang didokong oleh sesetengah golongan elit politik dan NGO antarabangsa.


Justeru, masyarakat Islam mestilah berperanan menekan kumpulan yang menjadi musuh Islam ini untuk bertindak berdasarkan undang-undang negara selain bertindak secara sivil menggerakkan jentera masyarakat membantu masyarakat yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam itu. Masyarakat termasuk kerajaan khususnya pihak berkuasa harus sedar bahawa memelihara agama berada di carta terpenting berbanding maqasid syariah yang lain.


Perlu diingat bahawa ‘virus’ murtad ini terlalu bahaya yang tidak mungkin diletakkan (sekadar) sebagai satu isu peribadi dan konflik kepercayaan semata-mata di mana kecuaian serta sikap sambil lewa terhadapnya menyebabkan kelemahan dan kemunduran Islam di masa depan.


Sumber:

1.         Nik Abduh Nik Aziz. Gejala Murtad, Liberalisme Makin Parah dalam MYNEWSHUB.CC)
2.         Berita Harian dan My Metro - 6 April 2020


FOLLOW US:

http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre



“BERSATU MENENTANG KEGANASAN”

Comments