AWAS PERANGKAP SYIAH!!!! (BERSELINDUNG DI SEBALIK KARYA SASTERA ALA NOVEL CINTA)


Umat Islam di negara ini juga perlu sedar bahawa ajaran Syiah disebarkan secara halus melalui novel-novel percintaan untuk menarik golongan muda terutamanya yang hanyut dalam keduniaan dan kosong daripada pengetahuan agama serta iman. Ada beberapa penulis Syiah yang cuba mempengaruhi umat Islam di negara ini melalui tulisan mereka. Mereka selalu membayangkan dalam tulisan mereka kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja. 

Namun bagi salah seorang penulis Syiah yang banyak menulis novel, artikel bahkan ada blognya sendiri yang menulis tentang berita, idea dan sebagainya, banyak mempromosi ajaran Syiah secara halus untuk mempengaruhi umat Islam di negara ini terutamanya generasi muda yang suka membaca kisah-kisah aneh dan novel-novel percintaan. Sikap penulis ini terutamanya dalam novelnya bertajuk “Perempuan nan Bercinta” saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat R.A. 

Walaupun penulis bijak bermain bahasa, tetapi itu tidak bermakna dia ‘cerdik’ menyimpan pekung Syiahnya itu. Dalam banyak-banyak perkara yang disentuh oleh penulis dalam karyanya ini, perkara paling besar yang tidak boleh dibiarkan adalah kebiadaban penulis terhadap para sahabat R.A.

Dalam novel yang ditulis bertajuk “Perempuan Nan Bercinta” terdapat banyak tulisan yang cuba menyebarkan fahaman Syiahnya terutamanya dalam perkara niat jahat penulis yang menghina ASWJ dan para sahabat R.A. yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah S.W.T dan RasulNya S.A.W. Antara penghinaan yang diselitkan secara halus dalam novel yang ditulis itu ialah:

1. Mempertikaikan Abu Hurairah R.A dan hadis sahih
2. Memfitnahkan tentang isu diskriminasi wanita oleh Ahli Sunnah
3. Mempertikai kredibiliti Saidatina ‘Aisyah R.A.
4. Menghina Khulafa’ al-Rasyidin
5. Menghina mazhab ASWJ (Asya’irah-Maturidiyyah)

Sumber: Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani Dalam Karya 'Perempuan Nan Bercinta' - SentiasaPanas.html)

IKUTI KAMI

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"

Comments