Ada pelbagai petunjuk yang memberi indikator bahawa seseorang itu mula terlibat atau terpengaruh dengan IS/DAESH.
1. Mereka mula mengasingkan diri dari kelompok sosial.
2. Mereka mula menubuhkan rangkaian sendiri di media sosial (whatssap group, wechat group, telegram group, facebook group) yang dianggotai oleh individu-individu yang mereka percaya sahaja.
3. Mereka mula berhujah tentang perjuangan IS/DAESH dan menunjukkan simpati kepada perjuangan di Syria dan Iraq.
4. Mereka mula berhujah tentang keperluan dan kewajipan berjuang untuk menegakkan sebuah Daulah Islam dan Khilafah Islamiyah.
5. Mereka mula menzahirkan hasrat untuk berhijrah ke Syria dan menyertai Khilafah Islamiyah.
6. Mereka cuba membuat pinjaman kewangan dengan ceti haram atau institusi kewangan dalam jumlah dan alasan yang mencurigakan.
7. Mereka mula berubah menjadi lebih Islamik dan bercakap tentang jihad, mati syahid dan ganjaran-ganjaran pahala dalam berjihad.
8. Mereka mula suka membaca dan merujuk buku-buku atau bahan-bahan yang ditulis oleh kumpulan militan sama ada melalui media sosial atau buku-buku yang dibeli atau majalah-majalah tertentu tentang jihad, negara Islam, khilafah Islam, syahid dan seumpamanya yang terdapat di pasaran. Antara indikasi yang lebih nyata adalah apabila mereka mula membaca buku-buku atau tulisan yang ditulis oleh Sheikh Abdullah Azam (ulama yang berjihad di Afghanistan semasa melawan penjajahan tentera Rusia sekitar tahun 80an hingga 90an) terutamanya buku bertajuk Tarbiyah Jihadiyah.
9. Secara tiba-tiba mereka memajukan permohonan cuti yang panjang dengan alasan untuk melakukan umrah atau bercuti di mana-mana negara di Timur Tengah.
10. Mereka menunjukkan sensitiviti yang berlebihan terhadap nasib umat Islam terutamanya kepada golongan Sunni dan menunjukkan kebencian yang amat ketara kepada golongan Syiah.
Sumber: Bahagian Perisikan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia
IKUTI KAMI 👇🏼
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN"
Comments
Post a Comment