KAJIAN PSIKOLOGI BUKTIKAN KEHIDUPAN ATEIS (TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN) TIDAK PERNAH MENEMUI KETENANGAN.
Adalah sukar untuk menentukan populasi ateis di
seluruh dunia kerana perbezaan budaya, latar belakang pemahaman dan mereka
mungkin berselindung di sebalik kepercayaan-kepercayaan berunsur falsafah
seperti Taoisme, Jainisme atau selesa sebagai Agnostik. Malah, ada yang nampak
kekal menonjolkan diri seperti Muslim kerana beramal dengan budaya-budaya
kehidupan seorang Muslim (culturally Muslim).
Hidup di dalam dunia yang tidak dapat lari daripada
proses sebab-akibat ini sudah pasti membawa satu jawapan bagi kesan kepada
individu yang tidak mempercayai Tuhan. Hasil kajian dalam sebuah artikel yang
bertajuk "Does Religion Stave Off the Grave? Religious Affiliation in
One’s Obituary and Longevity" menunjukkan bahawa terdapat kelebihan bagi
orang-orang yang beragama dan kesan-kesan negatif kepada orang yang tidak
mempunyai agama. Kajian ini bukanlah
menjadi hujah utama kelebihan beragama namun ianya boleh menjadi sokongan bagi
membezakan mereka yang beragama dan tidak beragama. Melalui kajian ini,
terdapat 16 kesan-kesan psikologi bagi individu yang tidak mempercayai Tuhan,
namun sifat-sifat ini tidaklah datang secara sekaligus pada seseorang ateis
tetapi mungkin wujud beberapa sifat atau sebahagiannya dalam jiwa mereka.
Antaranya adalah:
1. Perasaan
bingung dan kacau bilau serta hilang ketenangan jiwa dan hati.
2. Rasa
ketat dada dan terpenjara dalam diri.
3. Jiwa
yang jengkel.
4. Kemurungan
dan cemas.
5. Kesedihan
dan tertekan.
6. Rasa
ingin membunuh diri.
7. Kehendak untuk membalas dendam dan jiwa
yang dahagakan kepuasan pada tiap sesuatu yang wujud.
8. Rasa
kebencian yang bersangatan
9. Ketakutan
yang teramat terhadap sifat curiga.
10. Rasa keluh kesah yang tidak reda. Apabila
ditimpa kesusahan, dia akan keluh kesah. Apabila mendapat kebaikan, dia akan
bersifat kedekut.
11. Sifat dengki yang bersangat terhadap apa
sahaja yang tidak selari dengan kehendak mereka.
12. Iri
hati yang membakar.
13. Jiwa
yang seakan tersiat-siat.
14. Tidak selesa
dengan hidup.
15. Kegilaan
yang melampau.
16. Pengasingan
diri yang membawa kepada sikap individualistik.
Walaupun mungkin ada yang menafikan sifat-sifat ini
pada diri ateis, hakikatnya pasti akan ada sekurang-kurangnya satu daripada
sifat-sifat ini terutamanya rasa tidak tenang dalam hidup. Seorang ateis yang
komited dengan pegangannya sentiasa akan rasa tidak puas selagimana tidak
mencabar intelektualnya dengan berdiskusi dengan orang beragama.
Jika soalan-soalan mereka tidak mempunyai jawapan yang
memuaskan akal, ia seolah-olah satu kepuasan bagi mereka sendiri. Akhirnya,
mereka tidak sedar bahawa itu cumalah sifat ego yang semakin menggunung dalam
jiwa mereka.
Sumber: Artikel Al-Afkar #17- Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre.
Comments
Post a Comment