Dalam pemikiran dakwah Hizbut Tahrir juga, mereka menyatakan bahawa pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang kufur. Barang siapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur. Mereka juga mengancam mana-mana pihak yang ingin memperjuangkan Islam melalui saluran demokrasi. Bagi Hizbut Tahrir, gerakan Islam yang memilih jalan harmoni dan aman adalah berdosa kerana perjuangan yang paling utama adalah mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t.
Mereka juga percaya, perjuangan menegakkan khalifah “haram” dilakukan melalui saluran demokrasi yang aman kerana perjuangan Islam perlu dilakukan mengikut manhaj
Rasulullah s.a.w yang mana Baginda telah mendahulukan perang pemikiran, diikuti revolusi pemikiran masyarakat seluruhnya dan berakhir dengan revolusi politik.
Selagi tidak tertegaknya Khilāfah, maka selagi itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa. Malah bagi Hizbut Tahrir proses terakhir untuk menegakkan khalifah dalam sesebuah negara ialah dengan mensyaratkan wajib bagi umat Islam untuk meminta pertolongan dengan mana-mana kuasa yang kuat sama ada Islam atau bukan Islam. Bagi mereka, jika Amerika sekalipun sudi untuk membantu umat Islam untuk membina Khalifah, maka mereka boleh meminta pertolongan daripada kuasa tersebut
Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam, KUIS
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre.
Comments
Post a Comment