Agama
dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk hidup harmoni, malah perlu
saling menghormati dan berbuat baik sesama manusia. perkara yang membawa
perpecahan kaum dan agama sehingga menimbulkan keresahan dan ketakutan rakyat
di negara ini seharusnya dielakkan demi memastikan perpaduan yang dinikmati
rakyat ketika ini sejak sebelum kemerdekaan negara dicapai, dapat terus
dipertahankan.
Malaysia
mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya yang pada asasnya hidup
secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan
menjadi kebanggaan rakyat kita. Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan
Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa, namun sebagai
negara dengan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya, masyarakat kita
kadangkala berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan
keharmonian. Isu ini selalunya menyentuh soal perbezaan kefahaman mengenai
agama, budaya dan kaum masing-masing. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian ini
perlu ditangani dan diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan tercetusnya
sebarang perkara tidak diingini.
Antara
yang boleh dilakukan ialah memberi ruang kepada dialog yang sihat supaya dapat
dikurangkan prasangka dan dipupuk semangat perpaduan serta kebersamaan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Perlu ada penjelasan kepada masyarakat dari
perspektif keagamaan mengenai prinsip kepelbagaian bagi memberi kefahaman lebih
baik bahawa pentingnya memastikan perpaduan dan kehidupan yang harmoni agar
dapat diwariskan kepada generasi masa hadapan.
Wacana
akademik atau seminar juga dapat meningkatkan interaksi positif dalam
masyarakat majmuk Malaysia serta membincangkan kefahaman mengenai nilai agama
untuk membantu menangani isu sejagat yang menggugat manusia secara
keseluruhannya. Dialog antara agama dapat meneruskan kesinambungan hubungan
etnik, perpaduan, keharmonian, tolak ansur, saling hormat dan juga menghindarkan
konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Sumber:
Berita Harian – 15 Disember 2018
FOLLOW
US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU
MENENTANG KEGANASAN"
Comments
Post a Comment