SYUKURILAH NIKMAT KEMERDEKAAN



Kemerdekaan, adalah salah satu nikmat Allah SWT kepada kita. Ia bermaksud bebas daripada sebarang penindasan dan kezaliman, perhambaan dan kongkongan, samada secara langsung atau tidak. Cetusan awal yang mendorong semangat kemerdekaan di negara kita adalah daripada pemikiran tokoh-tokoh ulama tanah air kita. Islam mengajar kita bahawa manusia hanya berhak dan perlu tunduk sebagai hamba Allah sahaja.

Tidak dapat disangkal lagi, bahawa kemerdekaan itu memberi nikmat yang besar kepada kita. Negara yang merdeka rakyatnya akan dapat bebas mencari rezeki dalam suasana aman, dapat menunaikan ibadah dengan khusyuk tanpa halangan, dapat menuntut ilmu dan kemahiran sepanjang zaman dan bebas bergerak tanpa sekatan. Adalah menjadi tanggungjawab kita mengisi kemerdekaan ini dengan menjana pembangunan rohani dan jasmani. Antaranya memantapkan aqidah dan melaksanakan syariah, meningkatkan pembangunan insan dengan ilmu dan kemahiran.

Mensyukuri kurniaan Allah akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan mendapat keampunan dan hidayah Allah. Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:
Maksudnya:
"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, Dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu adalah keras"

Mereka yang tidak menghargai dan mensia-siakan nikmat Allah bakal mengundang bala daripada Allah SWT sepertimana firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 45:
“Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan)".

Ini menunjukkan bahawa kezaliman merupakan angkara yang menjadi punca kehancuran sesuatu bangsa. Pembentukan akhlak merupakan perkara utama dalam pembangunan sesebuah negara. Sesungguhnya kemuliaan sesuatu bangsa itu adalah terletak pada akhlaknya, apabila rosak akhlak mereka maka rosaklah bangsa itu.

Islam menyuruh kita bersatu untuk mempertahankan agama dan membangun Negara dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Jika perkara ini dapat di laksanakan dengan baik, pintu keberkatan dan rahmat Allah akan

Sumber:  Jabatan Agama Islam Selangor, (JAIS).

FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre.

Comments