AWAS!!!! PENYEBARAN FAHAMAN SONGSANG HIZBUT TAHRIR YANG BERTOPENGKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAM DENGAN MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN MEREKA DILIHAT SEMAKIN BERLELUASA
Kebanyakan para pemikir gerakan Islam menyatakan bahawa Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik yang berideologikan Islam. Politik merupakan kegiatan Hizbut Tahrir, manakala Islam pula menjadi tunjang (ideologi) kepada kegiatan mereka.
Hizbut Tahrir bermaksud pembebasan manusia atau dengan kata lain membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat Islam dari sistem atau undang-undang Barat atau musuh Islam, dalam masa yang sama cuba untuk membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara Barat.
Penubuhan Hizbut Tahrir adalah bertujuan melanjutkan kehidupan Islam dan mengembangkan dakwah ke serata pelosok dunia. Tujuan utamanya adalah supaya umat Islam berada di Dārul Islam iaitu satu negara yang mengamalkan sistem Islam dan menjalankan hukum Allah SWT walaupun penduduk majoritinya bukan muslim. Manakala Dārul Kufur pula ialah negara yang mengamalkan undang-undang selain daripada syariat Islam walaupun penduduknya majoriti muslim.
Hizbut Tahrir sering menyebarkan ajaran mereka kepada pertubuhan-pertubuhan Islam di malaysia termasuk JAKIM demi merialisasikan impian mereka iaitu kesemua manusia di dunia ini wajib mengikuti dan menyertai Hizbut Tahrir. Dengan bertopengkan penegakan sistem Khilafah Islamiyah Hizbut Tahrir bertindak menghukum seluruh umat Islam sebagai kafir halal darahnya dan juga menghukum kufur terhadap semua umat Islam di Malaysia dan Indonesia yang beramal dengan demokrasi.
Berikut adalah beberapa fahaman songsang pengikut
Hizbut Tahrir:
1. Mengkafirkan
umat Islam yang bersemangat patriotisme
2. Mewajibkan
ke atas umat Islam mengikut fahaman mereka
3. Mengkafirkan
sesiapa yang mengamalkan dan bersetuju dengan pelaksanaan demokrasi
4. Menganggap
Nabi dan Rasul tidak maksum
5. Menyandarkan
sikap syirik terhadap Ibrahim
6. Mempunyai
dalil ganjil yang menghalalkan makan khinzir
7. Menyatakan
Nabi Yusuf bermaksud melakukan zina
8. Mengatakan
bahawa agama para Nabi terdahulu bukan agama Islam.
Begitulah tahap fahaman Hizbut Tahrir yang jelas terpesong sehingga boleh merosakkan akidah umat Islam. Sekiranya ajaran fahaman ini disebarkan melalui parti-parti politik dan persatuan-persatuan Islam, maka dikhuatiri akan mendatangkan ancaman keselamatan kepada negara.
Sumber: Jurnal Pengajian Islam, KUIS.
Comments
Post a Comment