Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
Pada saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali datang menghulur bantuan. Padahal, sebelum itu, kita sudah hilang punca dan bingung tidak tahu hendak berbuat apa. Hanya mampu bertawakal kepada Allah s.w.t. Barangkali, kita pernah alami situasi sebegini, bukan?
Sebenarnya, percaya atau tidak, inilah pertolongan daripada Allah s.w.t kerana kita pernah memudahkan urusan orang di sekeliling kita suatu masa dulu. Mungkin kita lupa tetapi Allah tidak pernah lupa. Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.
Memang manusia tidak ada yang sempurna. Namun, berusaha mencapai kesempurnaan perlu menjadi keutamaan pihak yang menawarkan perkhidmatan kepada orang lain. Berikan layanan mesra kepada orang yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kerana mereka adalah orang yang berhajat untuk menyelesaikan masalah masing-masing.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya” (Hadis riwayat Tabrani)
Sumber:
1. Harian Metro - 02 Disember 2019
2. Sinar Harian – 11 April 2019
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
“BERSATU MENENTANG KEGANASAN”
Comments
Post a Comment