Islam bukan sebuah agama yang ekslusif, tetapi inklusif. Akan tetapi, ia berprinsip tegas dan mempunyai martabat yang tinggi. Islam merupakan agama atau sistem hidup yang menyeluruh atau disebut juga dengan istilahnya syumul. Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap iaitu setiap aturan berkaitan dengan semua aspek dan bidang kehidupan umat manusia, daripada sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya.
Fudhalah
bin Ubaid al-Anshar berkata, bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Beruntunglah orang yang diberi hidayah kepada Islam, kehidupan ada padanya dan dia berasa tenang dengannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan An-Nasai)
Alangkah
beruntungnya kita apabila dilahirkan sebagai seorang Islam berbeza dengan orang
lain yang terpaksa mencari kebenaran agama Islam dengan caranya sendiri. Islam
memiliki sifat-sifat dasar iaitu kesempurnaan, penuh nikmat, diredhai dan
sesuai dengan fitrah. Muslim menjadi selamat kerana Islam diciptakan sebagai
diin yang sempurna.
Sebagaimana
firman Allah SWT:
“Sesungguh-nya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam...” (QS Ali ‘Imran, ayat 19)
Oleh itu, jangan takut untuk mengenali Islam dengan
lebih mendalam. Kerana Islam yang sebenar begitu syumul dari segala segi
kehidupan manusia di dunia ini dan ia tidak sukar seperti yang dibayangkan para
musuhnya. Islam itu bahagia, Islam itu sejahtera, Islam itu menitikberatkan
kasih sayang sesama ummahnya tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan
bangsa.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
dan Harian Metro “Bukti Kesyumulan Islam” (2 Jun 2020)
Comments
Post a Comment