MENCEGAH PENGLIBATAN ANGGOTA MASYARAKAT DARIPADA TERLIBAT DALAM AKTIVITI MILITAN IS/DAESH ADALAH TANGGUNG JAWAB KITA BERSAMA
Setiap individu mestilah memastikan diri mereka sendiri tidak terlibat dengan aktiviti militan atau keganasan. Seterusnya, setiap individu dalam sesebuah organisasi ini atau masyarakat berperanan dalam mencegah penularan elemen-elemen radikalisme, ekstremisme dan militan di kalangan warga Negara Malaysia. Konsep ini dipanggil ‘whole society approaches’. Berikut adalah tindakan yang boleh anda dilakukan:
1. Melaporkan sebarang aktiviti atau kecenderungan warga negara ini terhadap perjuangan ISIS mengikut saluran masing-masing.
2. Menasihati rakan sekerja atau anggota masyarakat yang menunjukkan kecenderungan kepada radikalisme dan ekstremisme.
3. Melaporkan kepada pihak berwajib sebarang kewujudan kumpulan-kumpulan yang “eksklusif” dalam sesebuah kawasan atau masyarakat setempat.
4. Melaporkan kepada pihak wajib atau pihak pengurusan sesebuah organisasi jika dikesan kewujudan kumpulan-kumpulan whatssap, instagram, telegram, facebook, twitter dan sebagainya di media sosial yang cenderung mempromosikan perjuangan IS/DAESH.
5. Memantau rakan sekerja atau anggota masyarakat yang melibatkan diri dengan jemaah-jemaah pengajian agama yang beroperasi secara sulit di dalam komuniti atau organisasi dan mencurigakan.
6. Membimbing rakan sekerja yang menunjukkan kecenderungan kepada perjuangan IS/DAESH.
7. Merujuk rakan sekerja dalam organisasi atau anggota masyarakat yang dikesan bermasalah serta menunjukkan kecenderungan ke arah perjuangan militan, kepada pegawai atasan atau pimpinan masyarakat untuk diberi perhatian atau dirujuk kepada pihak yang berwajib untuk diambil tindakan seterusnya.
8. Bagi pekerja di sesebuah organisasi juga, perlu digalakkan rakan sekerja yang bermasalah untuk menjalani proses kaunseling agar tidak terjerumus dengan perjuangan IS/Daesh.
Sumber: Bahagian Perisikan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia
FOLLOW US:
http://facebook.com/alhaqcentremalaysia
http://al-haqcentre.blogspot.com
http://instagram.com/alhaqcentre
“BERSATU MENENTANG KEGANASAN”
Comments
Post a Comment