Dalam institusi keluarga, ibu bapa hendaklah berperanan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan tegas dan berani. Jika mereka mendapati terdapat tanda-tanda atau gejala yang membimbangkan berlaku dalam rumah tangga.
Institusi
keluarga yang segar dengan amalan tegur menegur, nasihat menasihati dan
mencegah kemungkaran yang berlaku akan beroleh rahmat Allah SWT. Oleh kerana
itu, seorang ketua keluarga bertanggungjawab untuk meletakkan keutamaan menjaga
institusi keluarga masing-masing. Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa
dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu dipertanggungjawabkan tentang apa yang dipimpinnya” (Riwayat Al-Bukhari)
Institusi
keluarga cemerlang akan berjaya menghasilkan generasi-generasi baru muslim yang
unggul. Sebaliknya, jika keadaan keluarga porak peranda dan tiada hala tuju
pastinya tidak akan mampu melahirkan generasi muslim yang diharapkan. Firman
Allah s.w.t dalam surah al-Syura, ayat 214:
Maksudnya: “Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat”
Oleh itu, umat Islam hendaklah meyakini bahawa institusi keluarga adalah satu amanah yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk dijaga dengan sebaiknya. Umat Islam juga perlu menjauhi sebarang perlakuan keji yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Umat Islam hendaklah memperkasa institusi keluarga masing-masing dengan aktiviti yang bermanfaat untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang. Ingatlah bahawa, muslim yang unggul lahir daripada institusi keluarga yang sentiasa melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Sumber:
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor.
Comments
Post a Comment