Sabar, redha dan syukur, tiga konteks
berbeza namun tujuannya adalah sama. Apabila kita ditimpa musibah, maka kita
dinasihatkan supaya selalu bersabar dan redha dengan apa yang Allah S.W.T
turunkan kepada kita. Sekaligus, ia menunjukkan ciri-ciri seorang Muslim yang
bersyukur dan menerima ketentuan ini sebagai sebahagian daripada nikmat
kehidupan.
Seperti Hadith yang diriwayatkan
oleh Muslim:
Daripada Shuhaib RA berkata,
Rasulullah SAW bersabda: “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap
urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali
kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu
yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia
ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadith
riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
Oleh itu, setiap dari kita yang
beragama Islam haruslah mendidik diri, keluarga dan masyarakat sekeliling agar
sentiasa bersabar, redha dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan oleh Allah.
Ini kerana kesabaran amat penting di saat manusia kini semakin jauh dengan
al-Qur’an dan al-Sunnah. Kita juga perlulah menjaga nikmat Iman dan Islam yang
kita kecapi pada hari ini kerana ia adalah daripada usaha keras para sahabat
dan golongan selepas daripada mereka bagi menegakkan agama Allah SWT di muka
bumi ini. Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada
orang-orang yang sabar berdasarkan Firman-Nya:
“Sesungguhnya
orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka
dengan tidak terkira”. [QS al-Zumar:10]
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment