AWAS!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN E-BUKU - "PENIPUAN ALLAH" SEBARAN GOLONGAN ATEIS. IA BOLEH MENDATANGKAN KERAGUAN UMAT ISLAM TERHADAP KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH
E-buku
bertajuk "Penipuan Allah" yang boleh dimuat turun di laman sesawang
membuktikan bahawa terdapat segelintir pihak yang cuba mengelirukan masyarakat
tentang kepercayaan kepada Tuhan terutamanya kepada pencipta sebenar, Allah
S.W.T.
Pada
masa yang sama di laman media sosial pengikut-pengikut yang ingin mencemarkan
nama baik agama Islam ini turut mempromosikan buku ini supaya dapat capaian
yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ini merupakan agenda golongan ateis
untuk menimbulkan keraguan umat Islam di negara ini terutamanya golongan muda,
terhadap keyakinan mereka tentang kewujudan Allah
Menurut
Hamka:
“Ada golongan yang
mengaku pintar, mengatakan bahawa mengingkari Tuhan dia menjadi orang merdeka
dan menghidupkan budi pekerti mulia, menegakkan kesopanan dan mengangkat
kedudukan suatu bangsa. Kerana kepercayaan yang salah itu banyak tersiar, terbuktilah
kerosakan negeri dan bangsa, rakyat dan pemerintah sama-sama kehilangan
pegangan”
Kata-kata
mendalam Hamka tersebut menggambarkan kerosakan bukan sahaja berlaku pada
seseorang individu yang tidak mempercayai Tuhan, malah satu bangsa turut akan
rosak dan cenderung untuk terpengaruh dengan fahaman ateisme sekira ianya tidak
dibendung.
Golongan
berfahaman ini bersifat agnotisisme iaitu sikap yang menilai segala sesuatu
berkenaan dengan Tuhan tidak mungkin boleh difahami, maka tidak perlu untuk
difikirkan. Satu penyelidikan mengenai Global Index of Religiousity and
Aetheism 2012 menggambarkan perkembangan membimbangkan. Kajian membabitkan
50,000 peserta dari 57 negara mendapati rakyat di beberapa negara Islam yang
dianggap konservatif dan kuat beragama sudah ramai dan berani mengakui secara
terang-terang bahawa mereka memang ateis.
Perkara
yang menarik perhatian mengenai data ini turut menunjukkan bahawa antara semua
agama, penganut Islam dan Hindu yang tertinggi mengakui ateis iaitu sebanyak
tiga peratus, sedangkan penganut agama Yahudi dua peratus, Katolik dan
Protestan masing-masing satu peratus sahaja.
Sumber: Suara.com 10
Julai 2019, Berita Harian 30 Julai 2016, Dr. Hamka Tasauf Moden
Comments
Post a Comment