AWAS!!! PENGARUH KUMPULAN 'WHO IS HUSSAIN' SEDANG MENYUSUP SECARA PERLAHAN DI MALAYSIA UNTUK MENYEBAR FAHAMAN SYIAH
Kumpulan
‘Who Is Hussain’ ini adalah jambatan untuk menyelesakan gerakkan Syiah di
Malaysia. Mereka berselindung di sebalik nama kebajikan dan di atas slogan
“Love” dan “Humanity”. Walhal, disebalik pertubuhan itu, terdapat tubuh-tubuh
manusia yang ‘berkiblatkan’ pelaknat para sahabat Rasulullah SAW.
Kumpulan
‘Who is Hussain’ mula ditubuhkan pada tahun 2012 dan berselindung di
sebalik nama badan kebajikan yang membantu dan memberi makanan kepada golongan
gelandangan serta mahu menyelamatkan nyawa melalui kempen derma darah. Kumpulan
ini bermula dengan satu kumpulan sukarelawan muda dari London, England yang
ahli kumpulannya menggunakan strategi periklanan untuk meluaskan pengaruh
mereka.
Kumpulan
ini sangat mengagung-agungkan Saidina Hussain ibn Ali sebagai inspirasi dan
panduan untuk menggerakkan kumpulan ini dengan mengikut daripada sejarah
kehidupan serta legasi khususnya dalam peristiwa Karbala. Kini mereka mempunyai
wakil di 60 bandar seluruh dunia dengan tujuan untuk menyebarkan fahaman
Syiah secara meluas.
Kumpulan
ini mula aktif menjalankan dakyah mereka di Malaysia sekitar dua tahun lalu
dengan melakukan pengedaran donat secara percuma. Akan tetapi, bukanlah donat
yang menjadi isu utama. Sebaliknya risalah-risalah yang diedarkan dalam bentuk
buku dan pamphlet yang terpampang besar nama Hussain (mesej sebaran dakyah
mereka). Mereka secara terang-terangan menyebarkan dakyah Syiah kepada umat
Islam di negara ini.
Kumpulan
‘Who Is Hussain’ Malaysia diasaskan oleh sekawan warganegara Pakistan yang
belajar di Malaysia dan mereka adalah penganut Syiah tegar. Mereka adalah
Kumail Rizvi, Mehdi Jiwani dan Syeda Rais Fatima Rizvi. Sudah terang lagi
bersuluh, Syiah akan menyusup masuk kedalam negara ini melalui pelbagai cara
termasuk menggunakan badan sukarelawan bagi mengelabui mata masyarakat. Awas
rakyat Malaysia, mungkin buat masa ini mereka bergerak perlahan oleh kerana
pemantauan pihak JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Namun, perlahan bukan
bererti tidak aktif atau hilang. Mereka sedang menyusun strategi lain untuk
menyongsangkan akidah rakyat negara ini terutamanya generasi muda.
Sumber:
Facebook Gerakan Pembela Ummah Melaka (15 Mei 2019) dan Blog Fakir Ilmu “Pendedahan Who Is Hussain yang Mengedar
Risalah Berbaur Syiah di Bazar Ramadhan” (13 Mei 2019)
Comments
Post a Comment