BAHAYA AJARAN SYIAH - MEREKA MENGHALALKAN APA YANG ALLAH HARAMKAN DAN MENGHARAMKAN APA YANG ALLAH HALALKAN
Dalam
sebuah kitab pegangan golongan Syiah iaitu Usul al-Kahfi, para Imam golongan
Syiah menghalalkan apa yang mereka inginkan dan mengharamkan apa yang mereka
kehendaki. Perkara ini memang bercanggah sama sekali dengan ajaran dan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana halal dan haram sesuatu perkara itu adalah
berdasarkan ketetapan Allah SWT dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah
SAW.
Allah
telah berfirman dalam Surah at-Tahrim, ayat 1 bermaksud: “Wahai Nabi, mengapa
kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu…”
Firman
Allah ini menunjukkan bahawa Allah memperingatkan RasulNya kerana mengharamkan
sesuatu yang halal baginya, apa lagi manusia yang bukan seorang Nabi mengapa
perlu mengharamkan dan menghalalkan mengikut apa yang dikehendakinya
sepertimana yang ditetapkan oleh para Imam golongan Syiah tersebut.
Al-Kulaini
yang merupakan seorang ulama dan pengarang kitab Syiah tersebut juga mengatakan
bahawasanya Imam-imam mereka itu mengetahui bila mereka akan mati dan mereka
tidak akan mati melainkan pada saat yang mereka telah tetapkan sendiri. Hal ini
juga sangat bercanggah dengan apa yang Allah jelaskan dalam al-quran iaitu
firman Allah dalam Surah An-Naml, ayat 65 bermaksud: “Katakanlah, tidak ada
seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali
Allah”.
Golongan
Syiah menganggap bahawa Imam-imam mereka itu lebih pandai (lebih berilmu)
daripada para malaikat, para nabi dan rasul-rasul. Ternyata semua tanggapan
tersebut merupakan satu kebohongan dan kekufuran serta bercanggah sama sekali
dengan pegangan akidah ASWJ.
Kitab-kitab
Syiah seperti kitab Usul al-Kahfi inilah dan rujukan-rujukan Syiah yang lain
juga adalah dipenuhi dengan ajaran
akidah yang sesat dan boleh membawa seseorang individu yang beragama Islam
jika berpegang dengannya akan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar mengikut
fahaman ASWJ .
Sumber: "Adakah Aku
Mengenalimu Syiah" - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Comments
Post a Comment