INDIVIDU YANG MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MENGIKTIRAF KEWUJUDAN KERAJAAN SULU DI SABAH PERLU DIBENDUNG KERANA IA MAMPU MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.
Sejak mencapai
kemerdekaan, Malaysia berhadapan beberapa bentuk ancaman keselamatan seperti
ancaman Komunis, konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah dan
sebagainya. Namun baru-baru ini terdapat isu berkenaan beberapa pemilik akaun Facebook yang dilihat cenderung ke arah
menyokong kewujudan pentadbiran kerajaan Sulu di Sabah. Hasutan yang cuba dimainkan
di sosial media ini seharusnya menjadi ‘alarm’ kepada pihak-pihak berwajib
supaya menjalankan pemantauan yang lebih berfokus dan mengambil strategi yang
tepat dan berkesan supaya isu ini tidak
mengakibatkan sebarang perkara yang menganggu ketenteraman awam.
Perkara ini menunjukkan
bahawa, telah berlaku perubahan dalam isu keselamatan negara di mana ancamannya
banyak disumbangkan oleh aktor-aktor bukan negara, misalnya kumpulan pengganas,
NGO, etnik minoriti dan sebagainya yang merasakan mereka dipinggirkan dan tidak
diberikan perhatian.
Seharusnya kita perlu
mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa dahulu yang mengancam perairan
Sabah seperti insiden pencerobohan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Tentera
Diraja Sulu (RSA) di Tanduo pada 2013. Pencerobohan ini memberi gambaran bahawa
aktor bukan negara juga mampu memberikan ancaman keselamatan yang sangat besar,
malahan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini adalah lebih besar daripada
ancaman yang ditimbulkan oleh elemen-elemen keselamatan tradisional yang
melibatkan aktor negara (pemerintah, penguat kuasa, pembuat dasar dan
sebagainya) dan penggunaan ketenteraan oleh negara lain.
Justeru itu, perlu diberi
perhatian bahawa pendekatan holistik adalah alternatif penting untuk memahami
isu dan masalah persoalan keselamatan di negara ini. Hasutan-hasutan berkaitan
isu-isu sensitif terutamanya berkaitan dengan keselamatan negara seharusnya
perlu dibendung sebelum propaganda yang dicanang oleh individu yang tidak
bertanggung jawab ini terus menjadi indoktrinasi kepada pemikiran masyarakat
Malaysia. Jika isu ini tidak dicegah daripada awal, maka tidak mustahil
peristiwa pencerobohan di Sabah itu akan berulang.
Sumber: Jurnal Akademika.
2017. Vol. 87(3): 15-29, Fakulti Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
Comments
Post a Comment