KEGANASAN BUKANLAH AJARAN ISLAM, TAPI IA LAHIR DARIPADA SIFAT KEBENCIAN DAN DENDAM YANG TIDAK DIKAWAL
Islam
hari ini sering dipandang hina ekoran beberapa siri serangan puak2 ekstremis
yang menggelarkan diri mereka ‘pejuang agama Allah’. Namun, Islam bukanlah
seperti yang disangkakan. Agama Islam adalah agama kedamaian yang sangat
membencikan keganasan.
Mengambil
kira contoh Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang telah lama mengamalkan
prinsip-prinsip wasatiyyah. Prinsip ini terkandung kukuh dalam dasar-dasar
ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang mula-mula sampai dan disebarkan ke negara
ini. Lantaran itu, tiada dalam sejarah negara kita, Islam didakwahkan dalam
bentuk paksaan, peperangan, pergaduhan dan kaedah rigid yang menyusahkan.
Firman
Allah SWT:
"Dan
Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian pula
Yaakub katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini
menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan
Islam." (QS al-Baqarah:132)
Apa
yang pasti, kekeliruan ini harus diperbetulkan kerana Islam adalah agama yang
mementingkan kedamaian dan kasih sayang. Terlalu banyak hujah dan contoh dalam
sejarah serta tradisi Islam untuk membuktikan Islam sangat mementingkan kasih
sayang dan kedamaian, hatta kepada makhluk lain selain daripada manusia
sekalipun.
Harus
ditekankan juga jika ada umat Islam yang melakukan keganasan terhadap orang
tidak berdosa, mereka tidak mewakili Islam kerana tindakan mereka bercanggah
dengan prinsip Islam. sebaliknya mereka melakukan hal tersebut dek kerana rasa
benci dan dendam yang tidak terkawal. Masyarakat harus mengubah persepsi
negatif terhadap Islam. Jangan menilai dan mengenali Islam daripada tingkah
laku sebahagian umatnya atau berdasarkan laporan media yang kadangkala
menyimpang atau daripada pemimpin politik tertentu yang hanya ingin mencari
keuntungan politik, tetapi kenalilah Islam daripada sumber dan rujukannya.
Justeru,
umat Islam juga perlu menampilkan sikap dan akhlak Islam sebenar agar menjadi cerminan
nilai dan wajah sebenar Islam, seterusnya mengelakkan diri daripada menjadi
fitnah kepada Islam. Amalkan konsep wasatiyyah ini dalam akidah, ibadah, akhlak
dan interaksi bersama orang ramai kerana ia adalah yang terbaik. Jika
wasatiyyah ini difahami, pandangan semua masyarakat juga akan berubah.
Sumber:
Berita Harian “Islam bukan pencetus keganasan” (18 Mac 2017) dan Berita Harian
“Amalkan konsep wasatiyyah elak jahil” (26 November 2017)
Comments
Post a Comment