PENULARAN FAHAMAN SYIAH DI NEGARA INI AKAN MENCETUSKAN PERTEMBUNGAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH YANG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA
Persepakatan ulamak di Malaysia telah menetapkan
bahawa fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai pegangan yang perlu diyakini
oleh masyarakat Islam di Malaysia. Oleh yang demikian, fahaman selain daripada
fahaman ASWJ dianggap adalah satu perkara yang salah kerana dikhuatiri akan
bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Sebagai contoh, fahaman Syiah
yang kini telah menyebarkan sayapnya ke Malaysia dan dilihat boleh mencetuskan
konflik dan mengancam keselamatan negara kerana fahamannya amat terpesong
dengan ajaran Islam yang sebenar. Sebagai contoh:
1. SYIAH MENDAKWA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
ADALAH KAFIR
Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh
Shaduq (syeikh yang sangat benar. oleh orang Syiah) berkata "Orang yang
tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari
iblis"
2. AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) ADALAH
ANAK ZINA
Al-Kulain ,seorang ulama Syiah meriwayatkan bahawa
manusia semuanya adalah anak zina kecuali syiah kita
3. SYIAH MENGANGGAP ORANG-ORANG ISLAM DARI
KALANGAN ASWJ (SUNNI) HALAL DARAHNYA DAN HARUS DIBUNUH TERUTAMA DENGAN CARA
YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH SESIAPA PUN.
Diriwayatkan dari Daud bin Furqad katanya "Aku berkata kepada Abi Abdillah a.s apa katamu tentang membunuh Nasibi (Nasibi ialah gelaran yang diberikan oleh Syiah kepada orang yang tidak beriman kepada imam-imam Ahlul al-Bait sebagaimana pegangan mereka. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah)?" Beliau berkata "Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu, sekiranya engkau boleh merobohkan dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya di dalam air supaya tiada sesiapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah".
Justeru itu, fahaman Syiah dianggap sebagai mengancam keselamatan negara kerana dikhuatiri ianya menjadi pertembungan antara masyarakat Sunni dan Syiah di Malaysia. Sekiranya pertembungan antara Sunni dan Syiah ini tidak diurus dengan baik, ia tentu akan menjadi satu ancaman terhadap keharmonian dan keselamatan negara. Isu pengharaman Syiah ini juga dilihat telah menajdi ‘duri dalam daging’ bagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran. Oleh itu, ia akan menjurus kepada konflik di peringkat antarabangsa.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Comments
Post a Comment