TINDAKAN KEGANASAN KUMPULAN TERRORIS BUKANLAH JIHAD KERANA MELAMPAU BATAS DAN MEMINGGIRKAN AKHLAK ISLAMIYAH
Dengan kemunculan pelbagai kelompok militan bercirikan fahaman radikal seperti IS atau Daesh, bahkan semakin terbuka dan lantang membuat pengakuan terutamanya menerusi media tentang aktiviti-aktiviti keganasan yang telah dilakukan dan bakal dilakukan, nampaknya perkara ini perlu dilihat sebagai satu cabaran dalam ideologi radikal Islam pada masa kini.
Daripada sudut falsafah akhlak, teroris atau ekstremis agama ini dianggap sebagai golongan yang tidak berhikmah iaitu tiada sifat kebijaksanaan. Mereka ini sebaliknya berfikiran sempit, terburu-buru dan mengikut hawa nafsu dalam menghukum orang lain termasuklah sesama umat Islam sendiri.
Mereka mensasarkan kelompok Muslim lain dengan cara kekerasan, pembunuhan dan pengeboman. Mereka merasakan cara keganasan tersebut adalah satu ‘jihad’. Rakyat Malaysia turut tidak terkecuali terpengaruh dengan ideologi radikal ini, malah menubuhkan kumpulan ‘jihad’ masing-masing seperti Jemaah Islamiyah, Kumpulan Militan Malaysia, Al-Maunah dan sebagainya.
Terorisme bersifat keganasan, radikal dan melampaui batas disebabkan oleh ideologi yang dipegang, sebenarnya telah meminggirkan kepentingan nilai akhlak Islam. Islam menekankan bahawa pembersihan jiwa manusia perlulah diberikan keutamaan dalam melahirkan akhlak yang berkualiti, seterusnya melaksanakan ‘jihad’ secara adil, cermat dan ikhlas. Namun, jihad sebenar itu bukanlah ‘jihad’ yang memfokuskan kepada peperangan mengangkat senjata, sebaliknya adalah peperangan melawan hawa nafsu.
Sumber: International
Journal of Islamic Thought. 2015. Vol.7
Comments
Post a Comment