ISU MURTAD PERLU DITANGANI BERSAMA KERANA IA MENGGUGAT KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA
Isu murtad bukanlah suatu
perkara yang baru. Walaupun kesnya masih dianggap kes terpencil, namun
hakikatnya ia merupakan barah akidah yang semakin menular dan semakin
berkembang dalam kalangan orang Islam di Malaysia.
Isu murtad bukanlah hak
individu seperti yang difahami sesetengah pihak atas dasar kebebasan beragama,
atau atas alasan hak kebebasan mabusia mengikut fahanan Barat, malah ia
menyentuh soal keselamatan di bawah tanggungjawab kerajaan.
Isu murtad ini boleh
dianggap sebagai virus paling bahaya yang tidak boleh diletakkan sebagai
persoalan peribadi dan konflik kepercayaan sahaja. Hal ini menyentuh soal penjagaan
agama di mana ia terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Jika pihak kerajaan
dan umat Islam bersikap alpa, cuai dan mengambil sikap sambil lewa dalam
menangani isu murtad dan memelihara agama, ia bukan sahaja akan menyumbang
kepada kelemahan dan kemunduran Islam pada masa akan datang, malah akan memberi
ancaman keselamatan kepada negara.
Sebagai contoh, satu
ketika dahulu pernah berlaku penularan video klip di media sosial berkenaan
pengakuan seorang lelaki murtad disyaki berbangsa Melayu yang mengisytiharkan
dirinya sebagai penganut Kristian berstatus Pastor. Dia meyakini bahawa anutan
agama baharunya itu adalah suatu yang benar berdasarkan perubahan sikap yang
kononnya bertambah baik berbanding ketika beliau memeluk Islam dahulunya. Ini
adalah satu perkara yang terlalu dangkal dan membahayakan.
Sikap individu seperti
ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada masyarakat khususnya yang tidak
mempunyai asas agama yang kukuh dan mudah terpengaruh untuk melakukan tindakan
yang sama. Selain itu, perselisihan faham antara agama, konflik dalam
undang-undang pasti akan berlaku sekiranya isu murtad ini tidak ditangani
dengan baik.
Justeru itu, pihak
kerajaan amnya, pihak berkuasa agama yang bertanggung jawab khasnya dan seluruh
lapisan masyarakat Islam di negara ini perlu sama-sama memainkan peranan untuk
memelihara agama sebagai bahagian terpenting berbanding dengan maqasid syariah
yang lain.
Sumber: Sinar Harian, 7
April 2020 dan Journal of Social Sciences and Humanities (Special Issue 3),
2016.
Comments
Post a Comment