Sejak
pandemik COVID-19 melanda negara empat bulan yang lalu, rakyat Malaysia
terpuruk di dalam situasi yang amat sukar. Apa tidaknya, Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ibarat ‘penjara’ bagi mereka kerana tidak
lagi bebas seperti dahulu. Kegirangan dan kegembiraan apabila bebas keluar ke
sana ke sini bagaikan direntap terus dari kehidupan kita.
Sepanjang
tempoh ini juga, ada dikalangan kita yang hilang mata pencarian kerana mungkin
tidak boleh keluar untuk berniaga atau ada segelintir yang menerima ujian dalam
bentuk penyakit apabila disahkan positif virus berkenaan. Walaupun begitu,
dengan kecekapan petugas barisan hadapan, Malaysia berjaya menangani pandemik
ini dengan berkesan walaupun tidak 100% sempurna.
Apakan
daya, langit tidak selalunya cerah. Gelombang ketiga pandemik ini hadir semula
dan meningkatkan kembali jumlah kes. Ini menyebabkan Malaysia ‘berduka’ semula.
Sehingga 6 Ogos 2020 sebanyak 15 kes baharu direkodkan dan jumlah kes terkumpul
sebanyak 9,038. Ini merupakan dugaan yang amat berat bagi kita semua. Namun,
adakah kita perlu terus merintih?
Firman
Allah SWT:
“Dan
demi sesungguhnya! Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan
nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (QS
al-Ankabuut: 3)
Justeru,
dalam menghadapi ujian yang diturunkan oleh Allah rakyat khususnya umat Islam
digesa untuk tidak putus daripada meminta pertolongan daripada Allah SWT tetapi
pada masa sama, menjadikan sabar sebagai cara memohon bantuan-Nya terutamanya
ketika negara sedang ‘bertempur’ dengan serangan wabak penyakit seperti
sekarang.
Pertingkatkan
lagi kesabaran dan keimanan kita apabila musibah yang melanda dunia ini belum
lagi menemui pengkahirannya lagi. Yakinlah bahawa Allah SWT merupakan
sebaik-baik pertolongan kerana ujian ini juga adalah dengan izinNya. Ingat,
Allah tidak menguji para hambaNya diluar kemampuan mereka. Pasti di pengakhiran
kesulitan, ada sesuatu yang indah menanti terutamanya bagi umat Islam yang
sentiasa bersabar dan memelihara iman mereka. Seperti firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:
“Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan
kekurangan dari harta benda serta jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar
gembira kepada orang yang sabar.”
Sumber: Berita Harian “Tingkatkan
sabar hadapi musibah” (29 Oktober 2018)
Comments
Post a Comment